Sunday, January 15, 2012

Pengiraan Kitaran Haid



KENAPA KITA PERLU TAHU WAKTU SUBUR WANITA?
Ada 2 sebab utama :-
1. Untuk memudahkan mendapat zuriat.
2. Untuk mengelakkan daripada mendapat zuriat.
Kedua-duanya adalah sama penting. Ilmu ini mungkin boleh anda sebarkan dan digunakan secara praktikal
.
MARI KITA FAHAMI KITARAN HAID WANITA
saya cuba permudahkan sebab kitaran haid ni agak kompleks dan payah sikit nak paham. Tetapi cuba fahami. Kitaran haid wanita berlaku setiap bulan secara puratanya ialah 28-30 hari. Tapi wanita masing2 ada kitarannya sendiri ada 25 hari ada yang lambat sampai 35 hari. Tetapi secara puratanya ialah 28-30 hari.

Terdapat beberapa fasa di dalam kitaran haid. Anda perlu memahami fasa ini.Hari 1-4
Ini dipanggil fasa pengeluaran haid (menstruation) – ketika ini darah haid keluar. Hari pertama period adalah penting untuk diketahui kerana ia adalah di mana fasa ini bermula. Pada hari pertama haid datang, ia perlu ditanda di kalendar dan tamat selepas berapa hari. Sebaik-baiknya ditanda setiap bulan sekiranya anda ingin merancang untuk mengandung. Anda boleh mengagak kitaran period anda beberapa hari di dalam sebulan.
Hari 5-13
Ini dipanggil fasa follicular. Pada fasa ini, hormon estrogen meningkat. Ketika fasa follicular ini, darah akan berkumpul di dinding rahim dan menebal untuk persediaan mengandung. Di kawasan ovari pula, telur yang berada di dalam bekasnya akan menjadi semakin matang.
Hari 14
Waktu inilah satu proses peneluran yang dipanggil ovulasi berlaku. Telur akan terkeluar daripada sarangnya disebabkan oleh peningkatan mendadak sejenis hormon yang dipanggil Luteinizing Hormone (LH). Telur ini sekiranya tidak disenyawakan oleh sperma akan mati dan hilang. Sekiranya ia disenyawakan, ia akan turun melalu saluran falopio ke rahim.
Hari 15-28
Ini dipanggil fasa luteal atau fasa secretory. Selepas telur dikeluarkan dari sarangnya, sejenis hormone dipanggil progestrone di rembes daripada sarangnya (corpus luteum). Ini menyebabkan dinding rahim semakin menebal. Setelah progestrone semakin berkurang kerana tiada persenyawaan berlaku, maka dinding ini akan runtuh sebagaimana runtuhnya tembok Berlin. Proses akan mengalami kitaran semula pada hari 1.

BILAKAH WAKTU SUBUR?
Setelah anda faham kitaran haid di atas, waktu yang terbaik untuk bersama suami-isteri ialah pada hari ovulasi berlaku. Ini adalah kerana ketika itu telur baru sahaja keluar daripada sarangnya.
Bilakah secara tepat ia berlaku? Sebenarnya ia adalah lebih kurang 14 hari daripada hari pertama period seterusnya atau ketika fasa luteal bermula.

** (14 dari hari pertama haid anda yang akan datang – bukan dari yang sebelum ini)
Tak faham? Macam ni. Katalah dia period 28 hari, maka hari subur ialah 28 hari – 14 hari = 14 hari. Jadi, hari ke 14 itu adalah hari subur. Katalah period bulan itu 30 hari, maka 30 hari – 14 hari = hari ke 16 ialah hari subur bukan lagi hari ke 14. Sekiranya periodnya 35 hari maka 35-14 = hari ke 21 adalah waktu suburnya.
Ini adalah kerana fasa luteal pada kiraanya adalah biasanya tepat 14 hari setelah berlakunya ovulasi, sedangkan fasa folicullar boleh berubah2. Jadi waktu subur adalah 14 hari sebelum hari pertama period yang seterusnya. Sekiranya period anda adalah tetap 28 hari, tak jadi masalah untuk mengira waktu subur anda. Sekiranya period anda berubah-ubah, inilah timbulnya masalah mengira waktu subur.
CARA LAIN MENGETAHUI WAKTU SUBUR
Pada waktu subur, suhu badan wanita akan naik sedikit dalam satu darjah celcius. Juga terdapat lendiran cecair yang jernih daripada kemaluan. ini adalah disebabkan hormon yang meningkat ketika itu. Di Amerika terdapat kit untuk mengetahui kesuburan wanita melalui air kencing wanita tapi saya tak pernah jumpa lagi di klinik2 di K.Lumpur.

MENGANGGAR WAKTU TERBAIK UNTUK MENDAPAT ZURIAT
Oleh kerana telur atau ovum tidak mempunyai jangka hayat yang panjang, iaitu dalam lingkungan 1-2 hari sahaja, maka tingkap untuk mendapatkan zuriat adalah sangat terhad. Oleh itu Allah mencipta sperma dengan kelebihan yang lain pula.
Selain daripada berjuta-juta sperma dilepaskan (setiap seorang lelaki adalah jutawan!), ia juga boleh bertahan selama 3-5 hari. Ini bermakna, sekiranya suami isteri bersama 3 hari sebelum waktu subur, atau 2 hari selepas waktu subur, maka ada peluang untuk telur itu berjumpa dengan sperma yang hidup lebih lama.
Oleh itu, untuk mendapatkan zuriat, pasangan boleh bersama setiap malam (atau siang hari kecuali pada bulan Ramadhan) pada hari ke 11, 12, 13, 14, 15, 16 period untuk mendapatkan waktu optimum hari kesuburan sekiranya period anda datang 28 hari. Itu adalah menganggarkan waktu subur adalah pada hari ke 14.
Anda boleh cuba setiap bulan untuk beberapa bulan sekiranya tidak berhasil. Ini adalah untuk memastikan waktu subur adalah sesuai dengan waktu bersama anda.

MENGELAKKAN MENGANDUNG MELALUI CARA KIRAAN
Selain daripada untuk mendapatkan zuriat, ada pasangan yang ingin mengelakkan mengandung dengan cara mengira kalendar.
Untuk pengetahuan anda, cara mengira melalui kalendar adalah berisiko dan tidak beberapa tepat. Ini adalah kerana anda mungkin boleh tersilap kira, atau kedatangan haid yang tidak beberapa teratur menyebabkan tarikh subur lari dari kebiasaan.
Oleh kerana anda tahu sperma boleh bertahan selama 5 hari di dalam rahim (ada kajian menunjukkan 7 hari !), jadi 5 hari sebelum dan selepas hari kesuburan adalah waktu yang dianggarkan tidak boleh bersama isteri ataupun terpaksa menggunakan cara kontraseptif yang lain.
Ada juga yang meletakkan 3 hari sebelum dan selepas waktu subur. Ini lebih rapat dan lebih berisiko. Terpulang kepada anda sendiri. Seperti yang saya khabarkan tadi, cara ini tidak beberapa tepat dan mempunyai risiko yang tersendiri.
Saya harap info ini boleh membantu pasangan suami isteri menganggar waktu yang terbaik untuk bersama dan waktu terbaik untuk mengelak daripada bersama.

*saya cadangkan kepada semua wanita ada satu  year planner

source : YOUSAYTOO

Saturday, January 14, 2012

dating time

2 Perompak Mati di LRT Taman Melati 10 Januari 2012

seramkan dengar tajuk atas ni..
tapi masa tu tak tau hal tajuk ni..

masa aku angkat kain kat umah 10hb..jiran tanya
makgee  : awak tak dengar ke bunyi tembakan
nad        : tak dengar pun makgee, nadiya baru je kuar, dari tadi dok dlm (membuto ckp dlm hati)
makgee  : pakcik sani (suami  makgee) n pakcik burhan (jiran kami) p tgk kat LRT, ada polis, jln kena tutup..
nad        : *org ragut skg guna senjata makgee seramnya..
makgee  : e2la nk kesana kemari dah susah, dalam ketakutan aje..
-tanpa ending masing2 masuk umah aku kunci pintu gate-

*nmpak kan kami tak tau apa terjadi sebenarnya dLRT tu

aku terus facebooking. tgk2 byk gmbar dak dak melati ni upload termasuk la adik aku..
kalu korang nk tau cerita ni teruskan membaca
.
.
.
.
Gempar!, satu kejadian tembak menembak telah berlaku di pekarangan Stesen LRT Putra Taman Melati melibatkan 3 individu dan pihak polis sekitar 2.30 petang Selasa, 10 Januari 2012.
Suspek terlibat dalam satu insiden rompakan di pekarangan Carrefour Wangsa Maju dan pergelutan tersebut berakhir setelah ketiga-tiga penjenayah tersebut berjaya melepaskan diri.
Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah, pihak polis kembali menemui semula ketiga-tiga suspek berkenaan setelah menerima panggilan telefon tentang insiden kemalangan di hadapan Stesen Putra LRT Taman Melati melibatkan pihak penjenayah yang menaiki kereta Proton Putra dan sebuah kereta Toyota Vios.

Dua daripada tiga penjenayah tersebut mati di tempat kejadian akibat tembakan padu dari pihak polis manakala seorang lagi suspek berjaya melarikan diri.
Mereka yang mati masing-masing berumur 35 dan 45 tahun.
Suspek penjenayah berjaya melarikan diri dan didakwa memiliki senjata pistol. Polis menasihatkan orang ramai yang berada di kawasan sekitar kawasan (Wangsa Maju) mengambil langkah berjaga-jaga.

Pihak polis telah mengenalpasti salah seorang daripada suspek mempunyai 12 rekod jenayah melibatkan ketiga-tiga individu terbabit merangkumi 5 rekod jenayah di Kuala Lumpur dan juga Kelantan.




source : KLPOS
TAKOT TAK KORANG...lebih kurang 1 km dari umah aku je kot....
dah la Taman Melati hebat dengan peragut2 tegarnya....aku salah sorang mangsa ragut...
.
.
.
.
.
malam hari nya
bapak aku siap cakap
''p kunci pintu di laporkan (sapa yg lapor kat dia xtau) perompak yg dapat melepaskan diri tu lari sembunyi area sini sini....sabit tu la abah tak kuaq..takut.."
memang kelakar cara bapak aku cakap tu..tapi ko tak tambah seram ker..pergh....

Thursday, January 12, 2012

12112011-12012012

ada apa dgn nombor tu..hmm jgn la kata aku ni main jackpot..wahh tau plak..habis dah ada dlm paper..baca n tau laa
haa hari ni genap 60hari 2 bulan aku bergelar isteri kepada suami bernama Khairul...walaupun kami berjauhan (PJJ) tp kami selalu dekat..3G la wei...hahha
thanks Abang...baru 2 bulan..tgk la nnti kita dok serumah fulltime tau i tgk u..wahhh gitu..
jgn masa jauh ni la rindu rinduan bila dah dok serumah ...jengjengjeng...jgn jgn jgn b ek...

tq OP che mot

imbauan 11.11.11

tarikh cun kan uols..tarikh ni juga pada mulanya kami set nk wat nikah tp atas sebab tertentu makanya tak jadi...jadi la 12.11.11 to masih tarikh sejuk tu..dengan izin Allah biarlah hingga ke akhir hayat...
layan la gambar di sebalik tadbir AJL eh bukan majlis kahwen Siti Nadiya dan Khairul..sapa tu??? artis berkahwin dgn pemain bola sepak ke? ke pelakon yg khawini laki org eh tidah mngarut semua itu..::dishhhh::
hehhe saja mengarut2...nk kejar pos entry ni b4 pukul 12mlm/pg ni
silala layan gambar

11.11.2011
sebenarnya banyak lagi aktiviti kami, mereka n semua yg terlibat pada hari tu tapi tau jelaa xda sapa nk ambil gambar..























 malam hari siapkan pelamin, pintu gerbang setup meja

yg buat pelamin ti my bff masa kolej, aku draft dia ckp boleh buat then aku beli barang yg kurang dari 200 pelamin aku ni..

10.11.11 aku dah berinai dah, xda majlis pon thankz to my opiz mate Ms Janet yg sponsor inai hehehe
orang lain cakap dah ok dah color tu...



tapi aku ni tamaks nak kan juga color ni merah hitam, jadi aku pelekoh cousin Ernie a.k.a Mama Najibah
tgk kaki kiri cousin aku ni, byk corak kan...
sat lagi aku habaq cerita lawak pasal corak2 itu

abaikan background, masa ni kami berkampung kat dewan
tgkla gaya aku ni..masa ni xsilap pukul 12.00
masa ni juga aku tersedar road signage tak p tampal lagi..alhamdulillah kawan2 skolah aku tolong..haa mcm mana kesah nyer...malas nk kenang tapi terima kasih kawan kawan...cayang korang laa
.....

sebelum boh inai ni..cousin aku sorang ni nama Ernie kami memang rapit(rapat) dari kecil lagi.

erni: uni nk corak mcmana kat kaki..memandangkan kat dewan tu tak da kertas n pen, dia pon lukis terus kat kaki dgn bermacam2 corak..
(walau pun amatur tapi ada seni juga la kan ernie ni..memandangkan DIY concept..haa hambek ko)
aku: uni nk corak wave2 yg ada titik2 ni laa...
erni: halamak ni erni takut nk buat kat kaki org sat lagi herot petot (senget-benget)
aku: laaa yg hang suh aku pilih corak tadi pasai apa...dah mcm katalog hang punya kaki, last2 hang kata xreti buat  *L* ???
erni: dgn rasa x bersalah dia cuma gelak
aku: buat line keliling kaki je laa...
erni: (masih wat muka selamba) ok..
hahhhahha

lawak ke tak?


Wednesday, January 11, 2012

rabu tanpa kata #3 : menantu vs bapa mertua

1st time Along salam berlaga pp dgn lelaki katanya :)

Sunday, January 8, 2012

hmmm....

ni nak share la sikit dgn korang, biasa laa pahit ke manis kita share dgn org lain..x ke sweet nyer kita ni :::adoyaiii:::

aku still x mai peot suppose 23-25/12/2011..ni dah 35-38 hari lewat ni..
tapi aku check masih -ve... 2 yg tajuk entry kali ni hmmmmmmm ::pjg skit::

aku xmaula xcited beno kang nnti harapan palsu...
tapi tipu laa xexcited...tmbah tambah ni 1st time punyer experience..mesti teruja...
 
ni kronologi nyer

12.11.11 - nikah
21.11.11 - my 1sday peot.
30.11.11 - last day peot
20-23.12.11 - jerawat sakit naik, sakit perut n moody (petanda nk peot)
23-25.12.11 - di jangka peot. tapi tak muncul...tapi ada spot bukan jenis darah berwarna pink ke coklat
27.12.11 - test urine -ve, perut ada rasa cramp2 tapi feelling mcm hmmmmmm
28.12.11-3-1-2012 - peot masih tak muncul...perut rasa cramp2
4.1.2012 - cek urine lagi tapi masih -ve
9.1.2012 -  masih tak tau status mcm mana..

jadi aku n my officemate yakni BELLA..dia tlg googlekan kat aku sama ada situasi ni ada situasi kebiasaan di awal pregnancy..



sumber : BAIBOO
























jadi harus di tambah kesabaran ye nadiya ye

Tuesday, January 3, 2012

Selamat HAri Jadi Ayah

Hehehe ni 1st time wish my FIL birthday ni...

alang2 ucap birthday upload ah gambar kenangan masa bulan 10 tahun lepas..
:: semoga ayah sentiasa sihat, murah rezeki n macho::

Sunday, January 1, 2012

happy birthday SHIMA

gambar ni taken masa hubby shima belanja kami p celebrate brthday dia kat Sheraton KL last year,
sangat fresh di memory
:: masa ni juga shima tgh menunggu hari untuk lahirkan putera hati dia Darwisy..dah nk masuk setahun dah...:)::

for shima happy 30th birthday, may Allah protect and bless u in health, body & soul.