Wednesday, April 24, 2013

Kufi Art - CreativeByTwo

Salam Uollss..
kufi art yg aku order kt CreativeByTwo, dh sampai.. Just order yg simple kalamullah, iaitu Bismillah...yg tu nak wat hadiah..aku teruja sgt..cantek n simple plak tu..nmpk moden sikit..tulisan kaler kali gitu..cantek cantek cantek n suka suka suka (dh mcm upin ipin plak)
Kalu korang berminat silalah ke
creativebytwo.blogspot.com

Sent from my BlackBerry® smartphone powered by U Mobile

Tuesday, April 23, 2013

my heart n my soul

ayah n anak bujangnya
love them very much
Sent from my BlackBerry® smartphone powered by U Mobile

apa ada dalam "FIRST AID KIT"

hai uolss
korang tau kan aku nk balik penang..selalunya balik dgn family aku ( mama,abah n adik2)
tapi kali ini berbeza..aku dgn family aku sendiri (suami n anak2)
jadi persedian fizikal n mental pon aku kena ready ni..walaupon ank2 aku ni dah besar panjang akan tetapi kita tak tau diaorg ni leh travel jauh ke tak, biasa dari nilai balik palong je, dlm 2 -3jam, ni balik penang, tanpa AES leh sampai 4 jam, ada AES mgkin 5 jam..
aku prefer biar lambar asalkan selamat

ok meh kita check it out apa yg aku tgk pikir pikirkan
makanan aku tak heran tapi kena bawa juga la junk food mcm kacang2 or kopok2 ke..air masak mungkin the best dari air manis, untuk si Ayah plak aku plan nk bawa thermos air kopi jantan hahaha..biar segar bugar sepanjang perjalanan...

first and foremost yg berlegar2 dlm kotak pikiran aku ni..nak bawa first aid kit

meh kita tgk apa kena ada dlm kotak tu..

first aid kit atau peti pertolongan cemas ini adalah antara benda terpenting jika anda mahu melakukan aktiviti luar. ia digunakan diwaktu kecemasan sementara menunggu pertolongan dari pihak yg lebih arif tiba. jadi di sini, adalah antara barang- barang yg perlu ada di dalam peti pertolongan tersebut.

first aid box/beg - gunakan dari jenis beg atau kotak

Dressing items
  • bandage:- untuk membalut luka dan juga kecederaan ringan. eg: terseliuh
  • triangular bandage:- untuk menyokong bahagian tangan sekiranya didapati atau dikhuatiri ada kepatahan tulang
  • gauze:- digunakan untuk menutup/melindungi bahagian luka yg terbuka
  • cotton:- digunakan semasa mencuci luka
  • povidone iodine 10%(solution):- digunakan untuk mencuci luka dan juga sebagai antiseptik
  • acriflavine(ubat kuning):- sebagai antiseptik(mempercepatkan penyembuhan luka)
  • dettol:- antiseptik untuk membunuh kuman, digunakan sebagai cucian luar. juga boleh digantikan dengan Normal Saline solution 0.9%
  • cream antispasm:- ubat untuk mencegah kekejangan otot dan juga melegakan kesakitan otot.
  • LMS solution a.k.a minyak kuda(hahaha):-digunakan untuk melegakan kesakitan otot dan juga lenguh pada otot kaki dan tangan.
  • gunting:- digunakan untuk memotong gouze.
  • micropore(plaster):- untuk menutup luka-luka kecil.
  • minyak angin:-untuk mengurangkan pening kepala yg ringan.
Medications(oral take)
  • paracetamol(PCM) 500mg:- untuk mengurangkan sakit kepala, sebagai ubat tahan sakit dan juga demam.
  • ponstan (mefenamic asid) 250mg:- sebagai ubat tahan sakit. (perlu memastikan perut tidak kosong sebelum memakannya)
  • gelusil (magnesium tricilicate):- ubat gastrik atau angin(perut kembung)
  • syrup MMT (magnesium tricilicate):- ubat gastrik dalam bentuk cecair.
  • claritine:- ubat untuk selsema dan juga allergi
  • syrup benadryl:- ubat batuk(menyebabkan mengantuk)
  • maxolon:- ubat tahan muntah
  • tab. papase:- ubat surut bengkak
  • multivitamin:- sebagai vitamin tambahan.
  •     
  • ::sumber:- http://dewarimbaz.blogspot.com



OR


    What is first aid kit? A first aid kit is a collection of supplies and equipment for use in giving first aid, particularly in a medical emergency. First aid kit should be organised, properly stocked and available at all times. It’s a good idea to keep a range of first aid kits handy, for example in the home, in the car and at work.
    These are the basic things that a first aid kit should have :
    1. triangular bandages
    2. crepe bandages
    3. gauze dressings
    4. elastic bandages
    5. plasters
    6. disposable gloves
    7. adhesive plasters/tapes
    8. sterilized forceps
    9. sterilized scissors
    10. sterilized kidney plates
    11. Dettol
    12. antiseptic cream
    13. deep heat rubbing cream
    14. EyeMo ( eye cleanser )
    15. water
    16. pencil and notepad
    17. safety pin
    18. torchlight


bukan apa..apa2 terjadi kita tak tau..sama ada kita leh guna kalu terjadi kat keluarga sendiri, or mana lah tau kita leh tlg org sementara tunggu expertice dtg...nauzubillah..aku just get ready, in case laa
so uolss leh laa bersiap sedia..

ok uolsss...
bye..


cakkkk!!!!!!!!!

holaaa semua...
maaf la banyak2 tak dapat nk update cerita ceriti taik idung 2 kati #hamboiiibanyaknyaaa
tula org nak jadi blogger awak pun nak jadi blogger juga..last2...senteng idea nk update kat blog...
ramai ke yang baca blog kak ton ni...
haaa fenomena fenomena...sat kak ton sat gwiyomi laa..macam2 ada..
meh sini nak cerita...tak lama lagi kak ton nk bawa anak2 n suami kakton balik kampung kak ton...hoomaiiii
excited gila ummi mengkome ni...
meh nak cerita....nanti bulan 6, kazen aku yg belah penang kawen...
selepas la aku kawen 2011...smpai ke lani laa x pernah lagi bawa balik family aku ni balik kampung...baik penang or kelantan..al-maklumlaa...bajet ngam ngam kenduri jerk...hahaha
ok..ini kesahnya...dulu masa aku kecik2, mak aku la yg sebuk packing baju semua...
1 minggu nak balik kampung dah riuh dah...."nadiya..nini...bawa kuar baju,mama nak packing ni"...nanti dia aka remind smpai la hari nak balik kampung......
jap gi ada soklan2 spotchek..cth: mana baju tdo? baju dok umah, bra,pantis,berus gigi..
aku ni walaupun kakak dat time..aku pun nganga (blur) juga...nk amek barang2 ni..terutama barang adik2...
penah sekali dalam dok pack2 tu, rasa dah bubuh semua dlm beg tp leh terlupa masukan beg adik aku dalam bonet...haa terpaksa laa.balik kampung shopping baju adik aku kt penang hahahaha...
oleh kerana itu..mama aku dah ada akai laa..1 minggu sebelum balik kampung dia dah sort baju nk bawa balik...lipat2...dekat hall rumah, atas karpet hampar cadar...letak semua baju, dari baju bapak sampai laa baju adik aku kakcik...mama n abah 1 beg aku n nini 1 beg, kakcik 1 beg sebab masa tu dia masih baby baby...jadi barang dia extra byk laa..n ada beg khas..
so siap check setiap hari sebelum masuk dlm beg..ini maksudnya apa...??? ni tak mau perkara tertinggal beg berulang lagi...perrrh nk cerita pjg ni...kita pendekkan laa
masa pun terbang dgn pantas..
now is my turn..
cuma situasi aku ni beza n lagi kelam kabut rasanya dari mak aku..sebab aku, suami n anak2 suami berjauhan..kami berhubung melalui telepon je tnya apa kelengkapan yang diorang ada n takda..
macam suami...barang2 dia aku taulaa..ni si anak2 bertuah ni..

perbualan Ayong n Ummi

U: ayong ada baju jln x?
A: ada yg elok ada yg tak muat...
U: ayong mok mok ke? (nampak sangat dah lama tak jumpa)
A: sikit laa sambil gelak
U: ijat..?
A: pasal baju ke badan? kalu baju lagi la dia tak de..semua dh sendat sebab dia tinggi sikit..
U: ok kalau macam tu kena beli la baju baru untuk korang semua..
A: haah memang ah...kan nk balik kampung ummi..(hamboiii anak dara aku nih)
U: ok ok (adusss..banyak tu nk beli belah...baju ummi korang ni pun nk kono boli...ummi pon mokmok gak)

haa tgk betapak gelabahnya aku mecari baju anak2..tanpa mengetahui size n citarasa deme..
tapi one thing about them, depa memang tak kisah apa yang ummi or ibu dia belikan...satu lagi yang buat aku jatuh hati pada anak2 suami aku ni, bila p kedai, siap tanya "ayah ada duit ker?", bila tgk baju or barang yang diorang suka, mesti belek price tag dulu...kalu mhl,mesti dia suh cari yang lain or p kedai lain, impress mak ko ni hokey...  nanti kiter citer lagi betapa baiknya mereka ini...

ok..ummi sebak plak nak oi

ok lani umi prepare sikit la barang korang..so baju ayong ada sikit lg kena tambah, baju ijat pun ada juga nak tambah...ummi n ayah pun ada lagi nak tambah...uish...banyak tuh...takpe takpe sekali sekala...

timbul kesulitan di sini adalah nak packing baju, jadi sekang ni anak2 n suami packing sendiri2, nnti jmpa kita sort balik ek...xper susah susah dulu...insyaAllah senang hingga akhir hayat..

ok laa uols..
bye..
 



Sunday, April 21, 2013

4 hal sebelum tidur

Rasulullah berpesan kepada siti Aisyah ra.

" Ya, Aisyah! Jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara yaitu :

1. Sebelum khatam al-Quran
2. Sebelum menjadikan para nabi bersyafaat untukmu di hari kiamat
3. Sebelum para muslimin meridhai engkau
4. Sebelum engkau melaksanakan haji dan umrah "

Bertanya siti Aisyah :
"Ya Rasulullah ! bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara seketika? "

Rasul tersenyum dan bersabda :

1. "Jika engkau akan tidur , membacalah surat al –Ikhlas tiga kali
Seakan-akan engkau telah meng-khatamkan Al-Quran

" Bismillaahirrohmaan irrohiim,
'Qulhuallaahu ahad' Allaahushshamad' lam yalid walam yuulad' walam yakul lahuu kufuwan ahad' ( 3x ) "

2. "Membacalah shalawat untukku dan untuk para nabi sebelum aku" maka kami semua akan memberimu syafaat di hari kiamat "

" Bismillaahirrahmaan irrahiim, Allaahumma shallii 'alaa Muhammad wa'alaa aalii Muhammad ( 3x ) "

3. "Beristighfarlah" untuk para mukminin maka mereka akan meridhai engkau

" Astaghfirullaahal adziim aladzii laa ilaaha illaa huwal hayyul qoyyuum wa atuubu ilaih ( 3x )

4. Dan perbanyaklah "bertasbih, bertahmid , bertahlil dan bertakbir" maka seakan-akan engkau telah melaksanakan ibadah haji dan umrah

" Bismillaahirrahmaan irrahiim, Subhanallaahi Walhamdulillaahi walaailaaha illallaahu allaahu akbar ( 3x )

( Tafsir Haqqi)

Wallahu a'lam bishawwab..
Sent from my BlackBerry® smartphone powered by U Mobile