Saturday, October 25, 2014

Abah....part 1

pertama:

tragedi sedih dalam hidup aku adalah bila perginya seorang yang aku panggil abah menghadap PenciptaNya.
Abah dengan tenangnya menghembus nafas terakhir pada 9/10/2014 pada jam 8.15pm di Unit Radioterapi dan Onkologi HKL dan di sembahyangkan selepas solat Jumaat di Masjid Sallehuddin Al Ayubbi Taman Melati, dan selamat bersemadi di Tanah Perkuburan Danau Kota

Abah di sahkan ada tumor di saluran di antara kidney dan bladder (advanced ureteric cancer) pada Februari 2014, setelah buat scope confirm cancer stage 3 yg di sahkan setelah buat ujian makmal pada April 2014.

Abah dah kena start wat chemo sebanyak 6 cycle iaitu 2 cycle sebulan selama 3 bulan..
setelah habis prosedur chemo, abah kena wat ct scan utk melihat progres tumor tersebut, jika masih ada abah akan di teruskan dengan chemo seumur hidup jika tumor itu mengecut abah akan melalui proses pembedahan untuk buang tumor tersebut..

bila tiba hari abah ada appointment dengan bahagian radiology di HKL untuk buat prosedur ct scan.
abah tak selesa mungkin abah nervous nak tau keputusan tumor tersebut...setelah minum contrast*, abah mengadu sesah nafas, tapi bila dah di tenangkan oleh kakcik, abah kembali ok..jadi prosedur boleh di teruskan.

kakcik dok kat luar bilik xray tu, tetiba ada announcement KOD BIRU ..tak tau pasal apa, rupa2nya, abah sesak nafas dalam mesin ct scan

*Certain exams require a special dye, called contrast, to be delivered into your body before the test starts. Contrast helps certain areas show up better on the x-rays.Let your doctor know if you have ever had a reaction to contrast. You may need to take medicines before the test in order to avoid another reaction.Contrast can be given several ways, and depends on the type of CT being performed.
  • It may be delivered through a vein (IV) in your hand or forearm.
  • It may be given into your rectum using an enema.
  • You might drink the contrast before your scan. When you drink the contrast depends on the type of exam being done. The contrast liquid may taste chalky, although some are flavored. The contrast  passes out of your body through your stools.
If contrast is used, you may also be asked not to eat or drink anything for 4-6 hours before the test.Before receiving the contrast, tell your health care provider if you take the diabetes medication metformin (Glucophage). People taking this medicine may need to stop temporarily.Find out if the CT machine has a weight limit if you weigh more than 300 pounds. Too much weight can cause damage to the scanner.You will need to remove jewelry and wear a hospital gown during the study.
prosedure ctscan - google
Abah terus di bawa ke ED, n terus masuk resus..aku tak de masa tu, aku baru habis kerja malam jadi mama n niniey drop abah kat hkl then aku terus blk darr kerja terus bergegas ke HKL sebab aku tak mo tempuh jem, dari sini pukul 7am sampai sana dalam nak dekat pukul 8am.
aku inform kakcik yang aku kt parking batu HKL yg dekat IJN aku nk tidor..kalau dah siap call..
1st kakcik call masa nk dekat kul 9am mcm tu..ckp abah sesak nafas, bawa ke ED..then kakcik suh aku pick up dia kat SACC daycare (bangunan baru HKL), adn drop dia kat ED..
HKL kalau nk parking dekat2..memang harapan laa..aku terpaksa p balik tempat tadi..and sambung tidur (ngantuk tahap gaban dah ni)...masa tu pikir abah biasa2 saja..memang lelap laa...tetiba kakcik call lg n ckp.."uni abah tenat"... haa tak cukup tanah aku lari..sekejap je smpai kat ED..dengan baju kurung nye..tengok2 abah dah kat resus..
semua organ dalaman abah drop jantung 32%, abah dah lemah sanagat sampai kena pakai baantuan mesin utk oksigen dan abah terpaksa di tidurkan sebab nak intubate abah...
Ya Allah..gugur jantung..lemah segalanya..masa tu takkan secepat ni...bila doctor ckp, panggil semua saudara2 terdekat and get prepare atas apa saja kemungkinan......
mama n niniey kat opis (putrajaya), terus tinggalkan kerja n terus mai HKL..
semua terdiam n berdoa supaya abah ok..abh ok abah ok n akan ok
doctor dari semua department datang untuk interview kami sejarah sakit abah..
semua doctor cakap "mungkin pakcik alergi kepada contrast tu" ..tapi ni 2nd time abah ctscan n  minum contrast tu...mungkin sebab chemo abah dah tak kuat..
kakcik banyak tau sebab kakcik kerap dengan abah semasa abah wat treatment...aku mama n niniey tau yang sejarah dulu2..
abah x di bius selama 2 hari, selepas resus terus p ICU, esok tu bius dah habis abah baru sedar tapi masih pakai oksigen..kena semua stabil baru oksigen di cabut n cabut tiub susu..
pengalaman di resus n ICU buat kami tak boleh lupa n xmau berulang lagi..
abah dapat balik umah...cuma kena jauh dari habuk..orang yg ada sakit cth demam or flu (sebab abah cepat berjangkit).
next appoinment abah adalah untuk tau keputusan ct scan.. rupanya abah sempat wat ctscan sebab ada result menyatakan ada beberapa ketulan ketulan baru di tulang n lungs...abah juga di kategorikan tenat ketika ctscan, bila abah nk ulang ctscan balik doctor xsaran kan...
doctor akan buat prosedur baru kt abah sama ada tambah dosage chemo atau abah kena wat radioterapi..tapi dengan rasa ihsan seorang manusia, doctor bagi abah balik bincang dengan family n cari alternatif jika ada sebelum appointment pada September.
Abah terus wat keputusan untuk pergi ke Kelantan untuk pergi ke rawatan secara batin..
sekurang2nya ada ikhtiar jalan lain untuk berubat, semua terserah padaNya..

abah..semasa tunggu giliran ctscan

abah...ketika di ICU setelah keluar dari resus..

abah...dapat pindah wat biasa

tunggu appoinment untuk dapat result ctscan

terpaksa berenti kat sini..mata dah kabur..nak layan perasaan jap..nanti aku sambung cerita selepas ctscan sehinggalah hingga hari terakhir Abah di pinjamkan kepada kami...next entry ya...

Al Fatihah...




No comments:

Post a Comment