Thursday, December 11, 2014

2 bulan telah berlalu


Al fatihah..semoga roh Abah tenang di sana..





Abah semasa hayat dia di dunia ni..
dia bukan la penggemar haiwan sangat..mungkin Arwah ni...ikut trend
seingat aku masa muda dia dulu dia suka bela ikan laga..
dia akan bubuh ikan dalam botol holick..
dia pernah bela burung merbok..tapi burung tu terlepas terbang masa dia nak bagi mandi..
mcmana ceritanya..aku tak tau...

dan kebelakangan hayatnya dia sangat attach dengan kucing...
sebab kat umah ada bela 5 ekor kucing...

bila dia dok luar dia leh bersembang dengan kucing mcm dia bersembang dengan manusia..
tanya dah makan ka? ... nak masuk umah ka? pasai apa meow2..lapaq ka?

then antara banyak2 kucing yang kami bela..ada sekor kucing ni nama dia loki..dia sangat la sayang kat abah..
dia kalau masuk rumah, dia mesti pi kat abah dulu..cium ketiak..sondol sondol sambil purring ..
masa abah tak larat nak turun bawah abah rest kat bilik...
bila loki masuk dia mesti cari abah dulu..bila kita cakap abah kat atas...
ya Allah..dia mcm paham dia p naik atas...sondol2.. then baru dia turun..

tapi loki hilang..masa mama abah kakcik n daniel p bawa abah berubat kat KB..
mungkin loki tak sanggup tengok orang yang dia sayang pergi, jadi dia "hilangkan diri"...
(rindu loki)

Minggu lepas, kakcik p ziarah kubur abah..
tengok apa ada tepi kubur dia
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.






bila tengok gambar ni
air mata turun dulu..laju je
apa la jasa Abah dengan haiwan kesayangan Nabi ni..??

kakcik tanya penjaga kubur tu..dia kata kerap juga terserempak kucing tu dekat kubur situ..
kakcik p setiap hari tapi timing tak kena..
petang tu rezeki kakcik dapat jumpa teman yang dok selepok kat kepala Arwah Abah..

teringat juga pada malam jenazah abah sampai kat dewan, ada kucing hitam p terpa kat van, dia meow yang sangat lembut...meow dia mcm sedih..bila ingat2 balik..
dia bunting..dia mcm nk p arah van..bila pintu van di buka...tapi aku sempat pegang dia..sambil cakap
"sibuk je awak ni!!"
 sebab dalam hati aku..tok tok aku cerita kucing hitam dengan mayat ada cerita seram..
sebab tu la aku pegang kucing tu..

then arini aku terpikir..abah baik dengan kucing..jadi kucing kucing semua suka kat dia..
masyaAllah Subhanallah Takabarallah...

No comments:

Post a Comment