Saturday, October 13, 2012

biar betul??:: malaysia top 3??



kenapa leh terjadi??

:: speechless..nauzubillahiminzalik

doa untuk ketetapan hati..
Rabbanaa laa tuzikh quluu banaa ba’da’ith hadzaitanaa wahablanaa milladzunkarahmah innaka antal wahhaab ((mereka berdoa): “Ya Tuhan Kami, janganlah Engkau jadikan hati Kami condong kepada kesesatan sesudah Engkau beri petunjuk kepada Kami, dan karuniakanlah kepada Kami rahmat dari sisi Engkau; karena Sesungguhnya Engkau-lah Maha pemberi (karunia))”.
Qs. Al Imran (3) ayat 8




Dari Anas, ia berkata: Adalah Rasulullah SAW banyak membaca doa Yaa muqollibal quluubi tsabbit qolbii ‘alaa diinik (Ya Allah yang membolak-balikkan hati, teguhkanlah hatiku atas agama-Mu)”. Lalu aku (Anas) bertanya, “Wahai Nabi Allah, kami beriman kepadamu dan kepada apa yang engkau bawa, apakah engkau mengkhawatirkan atas kami?”. Beliau SAW menjawab, “Ya, sesungguhnya hati itu diantara dua jari-jari Allah. Dia membolak-balikkannya sesuai yang dikehendaki-Nya”..
HR. Tirmidzi, juz 3, hal. 304

HADIS-HADIS NABI BERKENAAN HUKUM DAN HUKUMAN ISTERI CURANG


Rasulullah S.A.W dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Aisyah R.A: "Aku pernah bertanya kepada Baginda: "Siapakah orang yang paling berhak ke atas isteri?" Baginda menjawab:”Orang yang paling berhak kepada isteri ialah suaminya”. Kemudian aku bertanya lagi :”Dan siapakah orang yang paling berhak ke atas suami?” Baginda menjawab:” Orang yang paling berhak ke atas seorang suami ialah ibu kandungnya.” (Riwayat Bazar dan al-Hakim)

Sabda Rasulullah S.A.W bermaksud: “Aku lihat api neraka, tidak pernah aku melihatnya seperti hari ini, kerana ada pemandangan yang dahsyat di dalamnya. Telah aku saksikan kebanyakan ahli neraka ialah wanita. Rasullullah S.A.W ditanya: “Mengapa demikian ya Rasulullah?” Baginda menjawab: “Wanita mengkufurkan suaminya dan mangkufurkan ihsannya. Jikalau engkau berbuat baik kepadanya seberapa banyak pun dia masih belum merasa berpuas hati dan merasa cukup.” (Riwayat al-Bukhari)

“Kebanyakan ahli neraka adalah terdiri daripada kaum wanita.” Maka menangislah mereka dan bertanya salah seorang daripada mereka: “Mengapa terjadi demikian, adakah kerana mereka berzina atau membunuh anak atau kafir ?” Baginda menjawab : “Tidak, mereka ini ialah mereka yang menggunakan lidah menyakiti hati suami dan tidak bersyukur akan nikmat yang disediakan oleh suaminya.” (Riwayat Muslim)
Berikut saya sertakan beberapa hadis berkenaan isteri berlaku biadab dan suka menyakiti hati suami. Semoga hadis-hadis ini dapat menjadi panduan buat Suami Curiga.
Isteri yang suka menyakiti hati suami akan menerima balasan buruk
Sabda Rasulullah S.A.W: ” Seorang wanita menyakiti suaminya, maka isterinya yang bidadari itu berkata: Janganlah kamu menyakitinya semoga Allah mengutukmu, kerana dia (suami) itu disampingmu hanyalah sebagai orang asing yang akan berpisah denganmu menuju kami.” (Riwayat Ibnu Majah)

Puasa sunat tanpa keizinan suami
Sabda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam: “Tidak boleh seorang isteri mengerjakan puasa sunat, jika suaminya ada dirumah, serta tidak dengan izinnya dan tidak boleh memasukkan seorang lelaki ke rumahnya dengan tidak izin suaminya.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Keluar rumah tanpa izin suami
“Apabila perempuan keluar rumah, sedangkan suaminya membencinya, dia dilaknat oleh semua malaikat di langit, dan semua apa yang dilaluinya selain daripada jin dan manusia sehingga dia kembali.” (Diriwayatkan oleh Thabarani di dalam al-Awsat)

Meminta cerai daripada suami
Sabda Rasulallah S.A.W: “Mana-mana isteri yang meminta suaminya menceraikannya dengan tiada sebab yang dibenarkan oleh syarak, haram baginya bau syurga.” (Riwayat Abu Daud dan Tirmizi)

Isteri yang tidak menunaikan hajat suami
Sabda Rasulullah S.A.W: “Apabila memanggil suami akan isterinya ke tempat tidur, tetapi ditolaknya sehingga marahlah suaminya, maka akan tidurlah wanita itu di dalam laknat malaikat sehingga ke pagi.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Kepada Suami Curiga, hendaklah anda bersegera mengajar isteri anda tentang hadis-hadis di atas supaya isteri anda tidak mengulanginya lagi.

wallahualam bissawab


take care...
rasnadiya.






No comments:

Post a Comment