Thursday, December 23, 2010

KERETA ANDA AKAN KENA TARIK ??? ( REPOSESSION )

Ramai yang masih keliru dan takut apabila hutang kereta tidak berbayar dan dikhuatiri kereta akan ditarik.Bila boleh ditarik? Siapa yang akan tarik? Berapa yang perlu dibayar?
Bila kereta boleh ditarik?
Kenderaan hanya boleh ditarik apabila seorang peminjam gagal menjelaskan bayaran bulanan hutangnya selama 2 bulan 21 hari atau apabila tunggakkan hutang mencecah 3 bulan.Mengikut kepada Hire Purchase act (akta Sewa Beli) apabila seorang peminjam gagal membuat bayaran selama 2 bulan atau mempunyai 2 bulan tunggakan maka syarikat atau bank diwajibkan menghantar suatu surat yang dipanggil 4th schedule atau Jadual keempat ( Notis penarikan kenderaan @ notice intention to repossessed). Surat ini memberitahu bahawa jika dalam masa 21 peminjam gagal menjelaskan bayaran maka kenderaan akan ditarik.

Siapa yang akan menarik kenderaan?
Pada kebiasaannya syarikat atau Bank akan menggunakan agen yang berdaftar dengan AHPCM untuk menjalankan penarikan. Agen yang sah akan membawa surat kebenaran untuk menarik kenderaan ( repossession order) dan akan mencari kenderaan yang tertera di atas Surat penarikan tersebut.Apabila agen berjaya membuat penarikan , agen tersebut diwajibkan untuk melaporkan penarikan tersebut di balai Polis terdekat sebelum menghantar kenderaan tersebut ke mana-mana pusat penyimpanan atau stor pihak bank atau syarikat.

Apa yang perlu dilakukan jika berlakunya penarikan??
Apabila berlakunya penarikan , si peminjam dinasihatkan untuk meminta salinan perintah penarikan, melihat kad kuasa penarikan agen yang sah dan mendapatkan butir-butir diri agen penarikan bagi mengelakkan berlaku kecurian atau penipuan. Jika tidak keberatan diminta peminjam pastikan bahawa agen membuat repot polis di balai.Kerap terjadi penipuan dimana pencuri kenderaan mengambil kesempatan diatas kelalaian ini.Peminjam dinasihatkan agar jangan cuba membayar ‘wang kopi’ kepada agen yang menarik kereta kerana selalunya pihak bank akan mengeluarkan perintah penarikan kepada beberapa agen yang sah . Membayar wang kopi tidak menyelesaikan masaalah anda dan ianya diketogeri kan sebagai RASUAH kerana agen hanya boleh mendapat upah daripada syarikat atau bank dan untuk mengelakkan daripada dikenakan bayaran atau cas yang melampau oleh pihak agen penarikan .

Selepas kenderaan ditarik atau diserahkan kembali. Syarikat atau bank akan mengeluarkan surat yang dipanggil Jadual kelima ( 5th Schedule) Dimana peminjam akan diberikan tempoh selama 21 hari untuk mengambil semula kenderaan dengan membayar semua tunggakan atau jumlah yang dipersetujui oleh pihak bank ataupun peminjam diberi peluang untuk memperkenalkan pembeli diatas harga reserve yang ditetapkan oleh pihak bank atau syarikat.Jika tidak ada apa-apa jawapan dari peminjam , syarikat atau bank akan melelong kenderaan tersebut secara lelongan awam terbuka atau melalui tender yang akan diawasi oleh satu badan atau komiti.Sesiapa sahaja yang menawarkan harga tertinggi melepasi harga reserve yang ditetapkan akan mendapat kenderaan tersebut.Jika ada lebihan wang dari jualan secara tender atau lelongan awam. Wang tersebut akan dikembalikan kepada peminjam.
Oleh yang demikian jika seorang peminjam sudah hilang upaya untuk meneruskan pembayaran adalah lebih baik kenderaan tersebut diserahkan kembali kepada syarikat atau pihak bank kerana pihak bank TIDAK boleh mengenakan sebarang cas tambahan seperti Kos penyimpanan, kos penarikan dan lain-lain cas sehingga kenderaan tersebut dilelong atau dijual.Jika selepas jualan masih terdapat baki hutang yang perlu dijelaskan( loss after sale) . Peminjam boleh berbincang dengan pihak bank atau syarikat mengenai pembayaran semula yang mampu dibuat untuk menyelesaikan hutang yang masih ada.
 
--------
::  kawan2..kalu hangpa or kawan hangpa nyer keta kena tarik korang p balai polis berdekatan sebab mesti org yg tarik tu p wat laporan la kat polis..then kalu polis bgtau takda report..haaaa jaga2 ntah2 kena tarik dek pencuri..mana la nk p tau kan...then satu agi wat aje laporan polis, if any barang berharga dalam keta..or ada keta yg dh bikin..or ada tmbah xsesori..ada sesetengah penarik keta ni..tak bertanggungjwab..dah tarik keta org tu..brg2 keta org tu punya dia rembat juga..tak ke kesian kat owner keta tu..dah la kena bayar seleguk wang..entah ada simpanan ke tak..or kena pinjam kat kelurga or kwn..then p tgk keta kat stor..then tgk2 tak dak pula aksesori2 keta tu...benda ni ada terjadi thats why aku kongsi ngan korang...::: sabar aje laa
source

No comments:

Post a Comment