Saturday, November 6, 2010

sweet moment..even on the sad day




27 days to go...

Mungkinkah akan terjadi
Dirimu aku miliki
Berilah tanda kepastianmu......
ish..entah la apa perasaan aku waktu sekarang ni...bercampur baur..knpa jadi kat aku..kenapa?

Thursday, November 4, 2010

like playing maze

almost finish it...go nad!!!

Tahniah Ewan...



Tahniah Ewan (ofiz mate) yg dah menjadi ayah kepada seorang puteri selamat dilahirkan pada 12.04 am 4/11/2010, berat baby 3.10kg...tahniah ewan n epah semoga jadi mommy n daddy yg cemerlang ek...hehhhee

Wednesday, November 3, 2010

Jodoh

Artikel ini diambil dari page seorang teman. Sekadar utk share. Jujurnya dalam hati ni sememangnya terasa sangat. Tolong laa amek iktibar :: saya pun amek dari page kawan si zaza madlina iaitu fara (life of si kuma kuma)

Jika kamu memancing ikan. Setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu. Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja. Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.

Begitulah juga ...

Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang...Setelah ia mulai MENYAYANGIMU hendaklah kamu MENJAGA hatinya. Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja. Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu.

Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh. Cukuplah sekadar keperluanmu. Apabila sekali ia retak, tentu sukar untuk kamu menambalnya semula. Akhirnya ia dibuang.
Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi. Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya. Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa. Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya. Akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya. Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya.

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi, yang kamu pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan. Berkhasiat. Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain. Terlalu ingin mengejar kelazatan. Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya. Kamu akan menyesal.

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan. Yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu. MENYAYANGIMU. MENGASIHIMU. Mengapa kamu berlengah, cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain.
Terlalu mengejar kesempurnaan.Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain. Kamu juga yang akan MENYESAL..

kisah rumput cantik & kasih sayang

Pada suatu pagi di satu sekolah menengah, ada seorang pelajar bertanya pada seorang guru yang sedang mengajar. Ketika itu, guru tersebut sedang menyentuh mengenai kasih dan sayang secara am.
Dialog di antara pelajar dan guru tersebut berbunyi begini :

Pelajar : Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang paling kita sayang?. Macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan?

Cikgu : Oh, awak nak tahu ke?.Emmm...baiklah, sekarang kamu buat apa yang saya suruh. Ikut je ye...mungkin kamu akan dapat apa jawapannya.

Pelajar : Baiklah...apa yang saya harus buat?

Cikgu : Kamu pergi ke padang sekolah yang berada di luar kelas sekarang juga. Kamu berjalan di atas rumput di situ dan sambil memandang rumput di depan kamu, pilih mana yang PALING cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walaupun sekali. Dan kamu petiklah rumput yang PALING cantik yang berada di depan kamu tersebut dan selepas itu bawa balik ke kelas.

Pelajar : Ok. Saya pergi sekarang dan buat apa yang cikgu suruh.

Apabila pelajar tersebut balik semula ke kelas, tiada pun rumput yang berada di tangannya. Maka cikgu pun bertanya kepada pelajar tersebut.

Cikgu : Mana rumput yang cikgu suruh petik?

Pelajar : Oh, tadi saya berjalan di atas rumput dan sambil memandang rumput yang berada di situ, saya carilah rumput yang paling cantik. Memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang PALING cantik maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai di penghujung padang , saya tak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada di antara yang di belakang saya sebelum itu tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang saya boleh petik.

Cikgu : Ya, itulah jawapannya. Maknanya, apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita hendak mencari lagi yang lebih baik daripada itu. Kita patut hargai orang yang berada di depan kita sebaik- baiknya. Janganlah kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku. Dan semoga yang berlalu tidak lagi berulang. Jika kita berselisih faham dengan orang yang kita sayang itu, kita boleh perbetulkan keadaan dan cuba teruskan perhubungan tersebut walaupun banyak perkara yang menggugat perhubungan tersebut. Dan ingatlah orang yang kita sayang itulah kita jumpa paling cantik dan paling baik pada MULAnya walaupun nak ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi. KECUALILAH jika perhubungan tersebut tak boleh diselamatkan lagi, maka barulah kita mulakan sekali lagi. Maka sayangilah orang yang berada di depan ki ta dengan tulus dan ikhlas.

Kisah Tempayan Retak


Seorang pengangkut air memiliki dua tempayan besar dimana kedua-duanya tergantung pada hujung pengandar di bahunya. Satu daripada tempayan itu retak, sedangkan yang satu lagi tidak. Jika tempayan yang tidak retak itu selalu dapat membawa air penuh setelah perjalanan panjang dari mata air ke rumah majikannya, tempayan yang retak itu hanya dapat membawa air setengah sahaja.

Selama 2 tahun, hal ini terjadi setiap hari. Si pengangkut air hanya dapat membawa satu setengah tempayan air kerumah majikannya. Tentu sahaja tempayan yang tidak retak merasa bangga di atas prestasinya kerana dapat menunaikan tugasnya dengan sempurna. Namun si tempayan retak yang malang itu merasa malu sekali di atas ketidaksempurnaannya dan merasa sedih sebab ia hanya dapat memberikan setengah dari kemampuan yang ia miliki.
Setelah 2 tahun tertekan oleh kegagalan pahit ini, si tempayan retak itu berkata kepada si pengangkut air;

” Saya sungguh malu pada diri saya sendiri dan ingin memohon maaf. ”
” Kenapa? ” tanya si pengangkut air.
” Kenapa kamu berasa malu? ”
” Selama 2 tahun ini saya hanya mampu membawa setengah air daripada yang seharusnya dapat saya bawa kerana adanya retakan pada sisi badan saya. Ini membuatkan air yang saya bawa bocor sepanjang perjalanan ke rumah majikan. Kerana kecacatan itu saya telah membuatmu rugi ” , kata tempayan retak itu.
Si pengangkut air berasa kasihan kepada tempayan retak,dan dalam belas kasihannya, dia berkata ; ” Jika kita kembali ke rumah majikan esok, aku ingin kamu memperhatikan bunga-bunga indah di sepanjang jalan. ”
Benar, ketika mereka naik ke bukit, si tempayan retak memerhatikan dan baru menyedari bahawa ada bunga-bunga indah di sepanjang jalan dan itu membuatkannya sedikit terhibur. Namun pada akhir perjalanan ia kembali sedih kerana separuh air yang dibawanya telah bocor. Tempayan retak itu kembali meminta maaf kepada si pengangkut air atas kegagalannya.
Si pengangkut air berkata kepada tempayan itu;

"Apakah kamu memperhatikan adanya bunga-bunga indah di sepanjang jalan di sisimu tapi tiada bunga di sepanjang jalan di sisi tempayan yang tidak retak itu? Itu kerana aku telah menyedari akan kecacatanmu itu dan aku manfaatkannya. Aku telah menanam benih-benih bunga disepanjang jalan di sisimu dan setiap hari jika kita berjalan pulang dari mata air, bahagian kamu yang retak akan mengairi benih-benih itu. Selama 2 tahun ini aku telah memetik bunga-bunga indah itu untuk menghias mejamajikan kita. Sesungguhnya tanpa kamu, majikan kita tidak akan dapat menghias rumahnya seindah ini. ”

Kesimpulannya, setiap daripada kita memiliki kekurangandan kecacatan tersendiri. Kita semua adalah tempayan retak. Di mata Allah yang Maha Bijaksana, tidak ada yang terbuang atau dibazirkan secara percuma. Jangan takutkan kekurangan kita tetapi kenalilah kelemahan kita. Ketahuilah, di dalam kelemahan setiap orang, terselit kekuatan yang kita belum temui.
“renung2kanlah..”

Tuesday, November 2, 2010

Al Fatihah



Al Fatihah kepada Allayarhamah Hjh Che Chak Bte Sharif yang telah kembali ke rahmatullah pada 30/10/2010 kerana serangan jantung..semoga Allah mencucuri rahmat keatas roh dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman..kami semua akan merindui Tok Teh...

let words speak 3

If plan A doesn't work just remember, there are 25 more letters of the alphabet

Friday, October 29, 2010

let the words speak 2

Some people think NO is a negative word. But sometimes saying NO can save you from life's greatest pains!

Small girl & boy are seen crying together. When asked why? Girl says: My doll has broken. Boy says: I'm crying because my doll is crying

Destiny is not what is there in your hands. Destiny is what you decide to do with your hands

Aku tdk pny sesuatu yg special utk aku persembahkan,yg aku pny hanyalah sebuah hati yg tulus yg menerimamu apa adanya

Bkn cara yg mudah utk meyakinkan semua org bhw km yg terbaik utkku namun aku yakinkan aku akn trs bersamamu,mnjdi milikmu

Stiap masalah dlm hdp pst ada jln keluarnya&pst kita tau yg trbaik utk itu hny sj terkadang trlalu byk alsan yg membuat kita tdk mlakukannya

Thursday, October 28, 2010

let the words speak...

Falling in love is like letting a man put a gun at your heart and trusting him never to pull the trigger

boleh ker?

minggu ni minggu penuh dgn kekeliruan, tidak ketenteraman, dan segala2 yg tak pernah terpikir selama ni..akan dipikir2kan..aduh..tak tau la luah mcm mana tak de...adakah usaha aku takat ni je atau patut diteruskan..ya allah..tak de kekuatan yg padu sebenarnya...kenapa dia tak rasa mcm aku rasa skang ni..

Friday, October 22, 2010

tinggal kenangan

ni lah keta idaman aku n tunang..kita org dh dpt beli keta ni..terlalu sygka keta nih..apakan daya jodoh dia tak lama dgn kita org...apa sebab nyer..biar aku n en. tunang yg tau..miss u EX..

hahhhaaa


apa dh jadi nieh..knpa lelap..mato tu...

wedding Siti (ED) a.k.a Le'a



Monday, October 18, 2010

menghitung hari



Ya Allah, aku masih mengharapkan sinar kebahagian, semoga Kau pelihara, Kau berkati, Kau restui, Kau rahmati dan aku mencari keredhaanMu Ya Allah dalam ikatan permulaan untuk menempuh ikatan sehingga hujung nyawa, dunia akhirat sebagai isteri kepada sorang suami..Kuatkan hati kami berdua dalam menempuh dugaan Mu..Engkaulah Maha Pengasih, Maha Mengetahui, Maha Penyayang...amin

Selamat Pengantin Baru Le'a






Pengantin yg maintain senyum jer...


zai n aku yg ter ' obses' dgn camera

selebih gambar leh tgk kat z.a.z.a

Thursday, October 7, 2010

Tuesday, October 5, 2010

jamuan raya penduduk taman melati

2.10.2010 mlm ada jamuan raya kat dewan melati..umah tak hbs kemas lagi..tp pinggan2 dah siap basuh cuma mals agi nk susun balik dlm almari,esok masih ada..
dek kerana sate n abah gue menyayi malam jamuan raya tu..kami bergegas p ke dewan..mcm poyo je ayat tu...layan gmbar:


p nonton teater tun mahathir

malam baru ni kami anak beranak, kecuali bapak aku n si daniel..p la istana budaya..tgk teater muzikal tun mahathir..best juga..tp ada a few scene aku tertido..al maklumlaa..tak biasa p tgk teater..so tak pandai la nk cerita..layan je la gmbar2 kat bwh ni..