Saturday, January 31, 2015

Bibu Raisya Izz Zharra

haii...assalamualaikum
ni entry dah lama..tapi tersimpan dalam draf je..
sory deh..akk terbuat pekasam entry ni..sampai emma dan bersalin dah..

ada a few gambar di ambil sebelum Emma bersalin..
kak jem dio gigih tunggu sampai Emma sampai opis.
kak jem dio kijo male..( aik pasal apa cakap kelantan lak ni??)

biar soalan tu hanging..hahaha


sampailaa dia dah bersalin pada 8 Januari 2015
baby girl....Alhamdulillah...









abg long Iman Izz Zharif dan adik dia Raisya Izz Zharra


a

Friday, January 30, 2015

Journey of TTC : masih mengharap

assalamualaikum semua..

tak pasal nak wat entry pasal lisa surihani..
bukan apa aku pon tumpang happy bila pasangan yang dah lama kahwin menerima berita baik..

sapa taknak merasa perjalanan dalam rahim dari day 1 , merasa morning sickness, merasa nak mkn mcm2 di tunaikan, p shopping baju baby..barang2 baby..perjalanan di teruskan sehingga saat bertarung nyawa untuk melahirkan.

sumber : google












aku masih mengharap keajaiban anugerah itu dari-NYa..

tapi aku dah tak follow up dengan gynae, sebab atas persetujuan hati ke hati dengan Along
Untuk berusaha secara alami..
Aku terus berdoa supaya aku dan Along sentiasa di beri kesihatan yang baik, dan berserah sepenuhnya kepada Allah untuk menentukan hari saat waktu yang sesuai untuk Anugerah itu...
In shaa Allah

aku sentiasa positif untuk perkara ini..tapi tapi tapi...aku mengaku kelamahan insaniah aku ni..bila dengar orang pregnant aku mesti cakap " bilala time aku ni?" then bila ber monologue sendirian, baru aku keluarkan ekspresi gembira..yang menunjukan aku ni okay...

orang yang tak pernah rasa macam aku rasa maksudnya...tak pernah merasa pregnant takkan rasa perasaan aku ni..

perkataan yang aku paling sakit hati dengar bila orang cakap "ko ni mandul kot!"
hey korang!!! tau laa korang ada anak, aku tak de anak, tp tak salahkan kalau ko ckp "sabar ye, nanti ada rezeki tu".. memang cliche tp sekurang2 hati aku tak terguris..paham??!!.

terblogwallking di blog http://perjalananttcsaya.blogspot.com/

aku petik sikit dia tulis pasal ustaz kazim kata :

Dan paling aku ingat adalah ustaz kata jangan sesekali kata orang yang takde anak ni mandul. Yang sebenar benar mandul adalah orang yang ramai anak, tapi anak anak nya itu tidak memberi manfaat apabila mereka meninggal dunia kelak.

Yang ni aku google semula dan jumpa
SIAPA SEBENARNYA MANDUL? Rasulullah s.a.w. Pernah bersabda : “Tahukah engkau siapakah orang yang mandul.” Berkata para sahabat : “Orang yang mandul ialah orang yang tidak mempunyai anak.” Lalu Rasulullah s.a.w. berkata : “Orang yang mandul itu ialah orang yang mempunyai ramai anak tetapi anak-anaknya itu tidak memberi kemanfaatan kepadanya sesudah ia meninggal dunia.”

aku selalu didik hati aku ni supaya tak bersangka buruk pada orang, maksudnya apala dlm pikiran diorang eh pasal aku x pregnant2 nih..

Alhamdulillah...aku di kelilingi orang2 yang sentiasa memberi semangat pada aku...terima kasih


husnozon billah


Thursday, January 29, 2015

Al-Fatihah


Assalamualaikum semuanya..

harap semuaya berada dalam keadaan baik2..( bunyi mcm indonesia)
sedihnyaa arini bila dapat perkhabaran yg MH370 di claim sebagai kemalangan..
apalah dalam hati keluarga mereka..
apa2 pun..harap mereka sabar tabah dan redho...
Allah pilih anda untuk diberi ujian...
itu tandanya Allah sayang ..
Husnozon Billah - bersangka Baik dengan Allah

sumber : google

kami tak di tempat kalian..tapi kami cuba menyelami perasaan kalian semoga kalian kuat..
*
*
*
*


di kesempatan ini juga ingin mengucapkan takziah kepada keluarga Abg Garam, leader Empirical Resources masa practical di MITPA dulu...

kepada Abah..Kakek..Tok Jah..Tok Som..Tok Ayah..Tok Hamid..Cek Long..Cik Non dan seluruh saudara mara aku yang telah pergi dulu sebelum ku..
semoga kalian di tempatkan di kalangan orang2 yang beriman








Monday, January 26, 2015

kenduri cousin Along

Assalamualaikum semua...
hai.. sihat?
aku ok jer..macam tu laa

baru ni p kenduri cousin Along kat Sendayan..
berkenalan dengan Along dah hampir 10 tahun, berkahwin dah nak masuk 4 tahun, baru 1st time jejak kaki ke kampung kediaman lama arwah Uwan ( Tok Perempuan Along)..

sebelum ni  diorang dok kat Sendayan gak tapi umah yang dapat pampasan dari kerajaan yang amek kebun diorang satu ketika dulu..baglo you..tapi ada la hal adik beradik berbangkit setelah kematian Uwan ni..

Makteh yang dok umah lama Uwan ni..makteh ni adik Omak Mertua ku..
ni anak 2nd dia yang melangkah bendul kakak eh..

tak mau bebel2 tak ketahuan laa ...



selpie anak n ummi nye adalah wajib hokey!!
haaaa

haa tengok

strike a pose guys!!!

semerah cinta  mereka..


ni je sempat snap..tu pon Along yang snap kan...


cantik

baju merah ni adik ipar aku..ni la mama khaleef.
amboi laki aku n ijat dah p beratoq amek makan..lapo lettew

tu haa makteh berbaju kuning di raja

anak teruna dah besar

Selamat Pengantin Baru Intan Chew & Iskandar
semoga kekal bahagia hingga ke Jannah..

ni sebelah laki, aku tak p pun, biras tolong sent photo ni..

Wednesday, January 21, 2015

Sunday, January 4, 2015

ALHAMDULILAH....dapat sponsor!!!

Assalamualaikum
hari yang indah, aku rasa aku bertuah sangat bila "contest" yang ter berapa nak contest ni...iaitu #TogetherTillJannah mendapat sponsor daripada AASH_KREATIF
TERIMA KASIH , SYUKRAN, JAZAKALLAH, THANK YOU tak terhingga..terharu sangat bila owner aash kreatif Pn Aza cakap nak sponsor, dan rasa shy shy bila beliau sudi menjengah ke blog aku ni...

sebenarnya aku n Along ni dok pikir apa la nak bagi kat kawan2 yang menyertai #TogetherTillJannah ni..
hadiah yang simple, xmahal tapi memorable
nahhhhhh terlintas nak bagi sesuatu yang di print dan sesuatu yang boleh jadi kenangan yang boleh kedua peserta (lakibini) dok menatap..hehehe
dalam kepala ni dah terbit AASH_KREATIF ni...
terus MUKTAMAD ..
aash_kreatif la pilihan yang TEPAT lagipun harga BERPATUTAN sangat BERBALOI

jadi 
jadi
jadi

 korang kalu teringin nk simpan memory selain dari cuci gambar bubuh dalam album..korang leh try "cuci" gambar korang kat magnet..then korang leh penuhkan magnet dekat peti ais korang...
try eh
try eh

*
*
*
*
*


Servis design apa sahaja keperluan anda
Whatsapp 012-2923994
aashkreatif@gmail.com
Sticker-ala Polaroid-photo magnet- custom-made picture print & many more


FOLLOW IG : @aash_kreatif
FB: AASH KREATIF


Saturday, January 3, 2015

Salam Maulidur Rasul

Assalamualaikum...
hari yang indah 12 rabiulawal..
merupakan hari kelahiran Rasul Junjungan kita 
Nabi Muhammad s.a.w

korang perasan tak setiap kali kalau teringat kan Baginda kita mesti sebak, kita xterbayang muka Baginda akn tetapi, kita rasa rindu sangat...MasyaAllah
betapa hebatnya...

BIODATA RASULULLAH S.A.W:

1. Nama: Muhammad bin ‘Abdullah bin ‘Abdul Muttalib bin Hashim
2. Tarikh lahir: Subuh Isnin, 12 Rabiulawal / 20 April 571M (dikenali sebagai tahun gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yangmenyerang kota Mekah)
3. Tempat lahir: Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah
4. Nama bapa: ‘Abdullah bin ‘Abdul Muttalib bin Hashim
5. Nama ibu: Aminah binti Wahab bin ‘Abdul Manaf
6. Pengasuh pertama: Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapa Rasulullah SAW)
7. Ibu susu pertama: Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab)
8. Ibu susu kedua: Halimah binti Abu Zuaib As-Sa’diah (lebih dikenali Halimah As-Sa’diah. Suaminya bernama Abu Kabsyah)


source : blog ahmad sanusi



adoi..xda feeling ni..

assalamualaikum semua..

dah lama sangat aku tak keudara...gituuu
bz juga laa lately ni..walaupon kerja aku cuma seorang peg.khidmat pelanggan a.k.a akan tetapi..kalah ptd punya kerja laa..
lagi pun kebelakangan ni ramai kawan2 cuti jadi OT untuk kawan2..
mungkin kepenatan melanda ..jadi feeling nak menulis tiada..
padahal banyak cerita yang berlaku kebelakan ini..ujian dugaan, suka duka sepanjan 2014..
ok xper..aku akan belanja satu persatu..
give me time...kemonnn




Thursday, January 1, 2015

happy new year 2015

Assalamualaikum semua..
semua ternanti2 tahun baru..tapi penutupan 2014 memberi kesan yang menginsafkan kita semua..
ujian dan dugaan yang melanda kita adalah peringatan buat kita yang mungkin terlupa akan Pencipta kita..
apa2 pun kehidupan perlu di teruskan.. pada mangsa banjir di pantai timur..kami tak sekuat kalian mengharungi ujian itu, kalian di sayangi Allah.. maka itulah Allah turunkan ujian tersebut...

nanti kita cerita panjang pasal banjir ni..
sebab ada  2 orang colleague asal dari pekan kuala krai dan manek urai
tempat yang terjejas teruk banjir kali ini..
nanti aku interview la mereka ek..
sekarang ni tengah panas lagi..kang air mata je jawapan nyaa...