Sunday, November 30, 2014

#stickypost Contest Together Till Jannah


Sempena 3rd year anniversary saya dan suami, birthday suami ,anniversary perkenalan kami 10..triple celebration..Alhamdulillah takabarallah.. Saya nk jemput kwn2 share ur moment dgn hubby berpegangan tangan..(cth sy ada dlm ig sy) gmbar tangan sahaja beserta nama dan caption jiwang.



Kalau guna fb boleh inbox saya..kalau ada no fon sy boleh wassap, kalau guna ig boleh tag nama saya @rasnadiya dan jgn lupa 'Hash tag'



Tarikh penyertaan sehingga 22/11/2014       30/11/2014

Setiap penyertaan ada hadiah tau..
Apa hadiahnya? Masih dlm perbincangan dengan suami.. Harap sgt uols semua sporting.

Sy akan muat penyertaan semua dlm entry kt blog saya
rasnadiya.blogspot.com 






setelah perbincangan ... yeah ini adalah cute gift / lovely gift untuk setiap penyertaan

suami cakap kalau ada sambutan kita suh orang vote n bagi hadiah yang menarik lagi..
tu pun kalau ada sambutan laa hahaha



Sunday, November 23, 2014

ke 'gopenghagen' la kitew

assalamualaikum

hai korang sihat ker?

hehe kami ada kat payrock (Perak) ni, p antar budak snickers merah ni p balik blajar utuk sem2 kat Kolej dia laa..

mama sewa kereta Innova...sebab kereta kami comel dan kami pon comel2, so pak supir nya harusla..Along..




kami bertolak jam 2 petang sampai sana dalam pukul 5, Along ni memang la rider..tapi bukan dengan kereta orang...jadi memang ala2 makan angin gitew..haha


family suami saya..ahakss

assalamualaikum

haha..nampak no tak de idea nk wat entry, tapi xpe..
ni nak kenalkan kat korang yg baca blog aku >ade ke?<..syok sendiri pon tak pe
ni la keluarga suami saya  family Along.. and ipar duai ku..


semua dah ikut susunan ..
yang bawah2 tu dah pangkat cucu ..
2015 ada lagi akan di lahirkan..hehe tungguuu

ha ni plak ipar duai aku..comel n hensem kan semua??..

Saturday, November 22, 2014

bila kita patut ucap "innalillahi wainailaihi rojiun"??



assalamualaikum semua

aku terpanggil untuk buat entry ni, sebab ada kejadian di tempat kerja ku..dan benda itu menjadi isu, akan tetapi isu itu takdela besar mana..akan tetapi aku nk cerita sikit juga, sekurang2nya aku suami anak2 atau kawan2 yang lain boleh buat rujukan dan ingat dan tau bila masa kita ucap innalillahi wainailaihi rojiun

kita lupakan la isu tu..sebab rasa tak baik plak cerita pasal orang

------------------------------------------------
Dalam IslamInna lillahi wa inna ilayhi raji'un ( انّا للہ و انّا الیہ راجعون) ialah sebahagian dari ayat Al-Quran, dari Surah Al-Baqarah, Ayat 156. Ayat penuh adalah seperti yang berikut:
Kalimat Inna Lillahi wa Inna Ilaihi Roji’un atau sering disebut dengan kalimat istirja’ biasa digunakan jika seseorang mendapatkan suatu musibah dari Allah swt, sebagaimana firman Allah swt :
وَلَنَبْلُوَنَّكُمْ بِشَيْءٍ مِّنَ الْخَوفْ وَالْجُوعِ وَنَقْصٍ مِّنَ الأَمَوَالِ وَالأنفُسِ وَالثَّمَرَاتِ وَبَشِّرِ الصَّابِرِينَ ﴿١٥٥﴾
الَّذِينَ إِذَا أَصَابَتْهُم مُّصِيبَةٌ قَالُواْ إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعونَ ﴿١٥٦﴾
Artinya : “Dan sungguh akan Kami berikan cobaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar. (yaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan: “Inna lillaahi wa innaa ilaihi raaji’uun”. (QS. Al Baqoroh : 155 – 156)
"(Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh suatu kesusahan, mereka berkata: Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali."
Inilah frasanya yang umat Islam bacakan apabila seorang dilanda oleh malapetaka dalam hidup, dan biasanya dibacakan apabila menerima khabar kematian seorang. Ia dapat juga dibacakan di mana-mana keadaan melibatkan mana-mana jenis risiko. Frasa ini biasanya diterjemahkan "Sesungguhnya kita milik Tuhan, dan kepada Tuhan jualah kita kembali."
Umat Islam mempercayai bahawa Allah adalah Esa yang memberikan dan Dia jualah yang mengambil; Dia meguji umat manusia. Oleh itu, umat Islam menyerah diri kepada Tuhan dan adalah bersyukur kepada Tuhan untuk apa-apa yang mereka terima. Pada masa yang sama, mereka bersabar dan menyebut ungkapan ini dalam waktu kacau-bilau dan malapetaka.

------------------------------------------

jadi jika kita terdengar kwn2 kita accident, jangan plak tekejut bila antara kita sebut inna lillahi wa inna ilayhi raji'un
orang kita ni... bila meninggal je baru ucap "inna lillahi wa inna ilayhi raji'un" 




renung2kan :)
sumber :- wikipedia & eramuslim

mumui

hai korang..

haa tak pasal update cerita mumui plak arini..
mumui ni la penyebab aku suka gila kucing..setelah sekian lama aku xpegang xbela..
dulu bela kucing masa kecik2, bila tengok dia makan tikus..aku dah geli nk pegang dia..n xmo bela lagi dah..
sejarah kedatangan parameswara mumui ni masa kami nak p family day opis mama kat morib 2012..dia datang dgn keadaan lapar..masuk2 porch umah terus mengiau dgn kuat..bila bagi wet food..kemain diam seribu bahasa..makan tak angkat kepala dah..
mana la datang aku tak tau..
kami dok kt morib semalaman je, balik je dari Morib..aku si penakut kucing ni..tercari2 n tertanya2 mana la pegi..tunggu punya tunggu xda plak dia datang..kemudian masa maghrib dia siap dok kat pintu masuk umah ..dok mengiau..
aku xberani pegang tapi aku berani bagi makan..
bla bla bla..panjang kalu nk cerita
kami adik beradik pun jagalah dia, n bagi nama MUMUI sampai la dia beranak bercucu..

bila aku pindah kat kuaters ni ( jgn cakap BPH tau aku bela kucing)
aku ada sebab logik bela dia ..acewah poyo...kok diorang tau mati den

dari hari pertama dia dok dengan aku..dia suka intai tengok bawah melalui tingkap, kalau kat balkoni di takut sikit..( tapi gambar day 1st tu kt fb)
tapi  gambar kat  bawah ni adalah di tangkap oleh adik aku syera..








taktau la apa dalam pikiran dia...

love u mui..hehe

Friday, November 21, 2014

jumaat yang indah


assalamualaikum semua,
harap2 arini kita dapat buat kebaikan untuk di balas dengan kebaikan dariNya.
ari ni aku nak share sikit pasal SAPA MAHRAM SAYA? 
Bukan apa, selagi kita tak tau selagi tu la kita wat kesilapan..
mungkin kita terlepas pandang, tapi bukan takde pendedahan, cuma kita ni kadang2 pandang ringan bab bab ni.. ini  peringatan untuk diri aku juga..sebab aku ramai saudara lelaki berbanding perempuan, sebelah suami pun adik beradik n biras ramai lelaki.
panas memang panas kalau dalam umah kat kampung kita bertudung, tapi bila dah biasa..Alhamdulillah Allah akan permudahkan..tapi aku masih dalam pembelajaran, masih xtutp aurat sepenuhnya ketika berdepan dengan family members lelaki, kadang2 kuar p jalan2 or p kerja pun masih xpakkai inner if baju lengan pendek, xpakai stokin, masih tak ikut piawai Islam lagi.. sama2 kita doakan ye..
korang cuba dulu eh..baru tau..
cuba cek sapa mahram kita..






 ok itu perempuan, ni bagi lelaki plak..cuba cek balik bukan setakat salam bersentuh je aurat lelaki pun xleh terdedah depan wanita bukan mahramnya





aku bukan ustazah nak tarbiyah habis2 an..just reminder untuk diri sendiri suami anak saundara mara n mungkin yang baca blog aku ni..

source : google



Wednesday, November 19, 2014

mandikan anak bulus

hai korang..haha

ni la keja amal aku kat umah mama aku ni..ketika aku cuti n aku rajin
cucu bulus dia..dah lama xbesiram..hari ni operasi besar2an..basuh sangkar, tukar litter n mandikan diorang..
lepas tu mandi bagi diorang sun bathing plak..
cepat je bulu kering..diorang xminat jilat2 badan sangat..pemalas
diorang ni indoor cat..xpernah laa kuar dari pagar umah tu..
jadi diorang bebas dari memakan tikus hehe..
dan diorang bersih laa..ye kot..haha..
anak bulus yang ada kat umah mama ada 4 ekor (2 ekor anak mumui, sekor cucu mui n 1 kucing sesat? yang skg ni baby2 kt umah tu datang umah masa ujan time deepavali jadi nama dia Arjun Rampal.
malas nk cerita pasal diorang ni..sebab terlalu banyak cerita, jadinya aku sajikan 2 keping gambar sajo ..deh

ni nama krimer, sejak ada ank sedara kami panggil dia MakTeh (mace2), dia mcm tombaoy skit..sangkar tu kalau x mangga dia siap bleh buka tau...tapi dia xkuar umah,,dia main2 kat porch je..

acara sun bathing plak..yg oren puteh si jantan kebret nama latte..and ank sedara putih itam belah kanan. ank sedara ke anak dia ke aku pon xpasti sebab depa sumbang mahram tanpa pengetahuan pihak agama kami.
haa yg kecik tu nama arjun,xnmpak kot rupa paras dia..hehe next time laa ai belanja pic hero cilik bollywood tu deh

Tuesday, November 18, 2014

throwback birthday celebration kakcik, Along dan Daniel bergabung 2013



hai semua...
gambar ni dah lama, rasanya tak upload lagi..sempena double triple celebration..
aku  upload la untuk tatapak sekalian


masa ni Daniel blur, birthday dia 2/10 tapi kenapa 16/11 masa birthday kakcik baru sambut..bila pizzahut crew letak kek depan dia dia tolak kat kakcik..lawak2..tgk la muka blur dia..
elok la tu Along punya birthday plak 17/11..
tu yang aku cakap birthday celebration bergabung meletops

Monday, November 17, 2014

snah Helwah ya Habibi..


assalamualaikum...

aku dah ketandusan idea nak karang ayat jiwang sempena 3rd annivesary baru ni..ni muncul plak birthday Along plak..
adoi..nak jadi blogger sangat ( beginner)..kena la perah otak sikit dey..
ye la ye la..aku try laa


Selamat Hari Lahir buat Bb
Dah 39 tahun dah yo...
kita kenal dari umur b 29 tahun...dah berapa tahun tu kita bercintan cintun ? saploh tahun..
ala xroti la nak cakap apa..

copy paste ucapan kat kakcik laa ek..kita alter skit2..

Sanah Helwah ya habibi. Barakallah Fik… Semoga Allah memanjangkan umurmu, menarik pergi segala masalahmu, memudahkan segala urusanmu, melapangkan segala kekusutanmu, menerima segala amalanmu, merahmati semua pekerjaanmu dan melimpahkan maghfirahnya yang terluas buatmu, Amin ya Rabbal ‘Alamin…

Semoga jadi suami dan ayah terbaik untuk ayang and anak2 dan bakal anak2 (inshaAllah kalau ada rezeki) kalau tak ade, kita bersyukur dengan apa yang kita ada sekarang




Sunday, November 16, 2014

Sanah Helwah ya Ukhti Naquiah a.k.a Kakcik






Sanah Helwah ya Ukhti. Barakallah Fik… Semoga Allah memanjangkan umurmu, menarik pergi segala masalahmu, memudahkan segala urusanmu, melapangkan segala kekusutanmu, menerima segala amalanmu, merahmati semua pekerjaanmu dan melimpahkan maghfirahnya yang terluas buatmu, Amin ya Rabbal ‘Alamin…



Saturday, November 15, 2014

abah....part 2


Assalamualaikum...

continue balik cerita abah..
balik dari appoiment result ct scan tu..kami adik beradik termasuk mama bincang mcm mana step seterusnya..tentang abah ni..bila dah doctor bagi seminggu untuk decide n cari alternatif..adik aku yg second tu niniey terus book tiket flight p Kelantan..
daniel wat drift guna wheel chair..abah sporting melayan je..

masa kat klia2
sampai je KB cousin aku terus bawa dioran p jalan2 KB almaklumlaa dah lama tak balik kampung, tak silap ni diorang baru lepas makan nasik ulam cikgu kat kampung kraftangan
semua ipar duai n anak saudara sebelah mama dinner sama2 dengan abah n mama

di sana abah di beri rawatan secara batin menggunakan ayat Al quran, aku xpasti sangat bagaimana caranye..sebab aku xda kat sana..tp sekurang2nya abah terbuka hati nak ikhtiar perubatan alternatif...

pulang je abah dari KB abah ok je, tetiba abah kencing berdarah pulak..memang sebelum ni ada juga abah kencing berdarah tapi kali ni teruk..sebab darah yg keluar tu darah beku..bila nk teran bagi keluar ia adalah sakit... bawa p emergency...depa x tahan ward..tapi depa bagi appointment dengan urology...dalam
30/9/2014..sepanjang abah kat umah abah memang sakit laa teramat bila nk kencing..tambahan pulak bila nk teran darah beku tu..paham2 jelah saluram sempin darah beku is beku kan..susah laa bg dia..
sepanjang itu juga abah kerap terkencing x ikut time..kadang2 dlml potty..kadang2 atas tilam..
kesian kat abah..benda ni berlaku sebab bila abah pakai diapers..bila terasa nk PU.terus PU...terasa nak BO terus BO..tu sistem dah lari...kesian abah..

abah tertido nombor giliran lambat lagi

sabar menanti, x mengeluh jika dia masih mampu

setibanya 30/9/2014..kami p Klinik Urologi HKL, dari pukul 8am sampai la pukul 12pm no abh tak di panggil2...tp memang ramai la patient hari tu..abah sabar je..sebab apa aku cakap dia sabar..sebab dia tak bising. dia dok atas wheelchair, aku tak tau best ke x dok atas wheelchar ni lama2, tgk no abah dah terlepas jauh..bila tanya kat kaunter..rupa2nya diorang xdapat cari file abah..setelah jumpa baru laa di panggil masuk..

jumpa dengan Pakar Urologi Dr. Ashani (kalau tak salah)...doctor cakap abah akan di refer balik ke onkologi..mungkin barah2 abah tu dah pecah n keluar ikut kencing..

doctor terus dapatkan appoinment hari tu juga pada jam 230 pm, kami p makan dulu..then baru la kami p onkologi..

abah kena wat radioterapi cuma kena tunggu ward kosong..kalau ikutkan tarikh admit utk radio pada pertengahan oktober...(dah becucuran airmata)

2hb oktober doc call utuk admit ward, pada hari itu juga abah dah buat 1st cycle of radio..abah ada lagi 9 cycle..abah di beri morphine sbagai ubat tahan sakit..

3hb aku p boarding mui kat umah melati, sempat la p jenguk abah kat HKL sebelum balik ke Palong untuk hari raya haji, masa aku sampai tu abah dah siap2 dok atas wheelchair nk pegi 2nd cycle radio, ..berat gila nak tinggalkan abah tapi apa kan daya Along dah on the way ke Putrajaya..jadi aku terpaksa tinggalkan abah ..sempat laa aku buat kencing dia dalam baldi, teman dia cakap n makan sekejap..hati dah xkeruan dah, sebab Along dah call dah masa tu dia dah sampai Putrajaya..xbawa kunci rumah pulak...nak suruh dia mai HKL tentu2 jalan jem, baik tak payah...terpaksa la aku balik juga..tp kan bah hati nadiya berat seberat2nye...

4hb hari ni xda radio..sebab radio di buat waktu bekerja sahaja..

5hb raya haji , hari ni pon xda radio..sebab...cuti...ada la gambar diorang beraya kat ward dgn abh..mama masak nasi tomato..feveret food abah tu..tapi abah request spaghetti .tp mama cakap "raya2 makan nasi la bah", "next weekend anum buat spaghetti" sebab abah akan ada kat hkl sampai 17/10/2014

6hb aku sempat p melawat abah balik dari Palong, Along pun nak p tengok sekali, budak2 nak ikut tapi memandangkan jalam nak balik jammed ya amat dah lari timing..dah lambat jadinya xdala bawa budak2 ni p tengok kakek diorang..(xsempat diorang jumpa walaupon kakek tiri).
masa kami nak balik tu, abah suruh mama tutup langsir, katanya ada orang kat luar..mama pun beseloroh.." cik han ye bah"...abah senyum je... mama buka cerita sesampai kami di rumah melati..

7hb abah ok cuma sikit lemah ...banyak tidur dari jaga..kesan morphine yang kuat..buat abah laloq

8hb aku p melawat abah petang selepas balik kerja..kakcik cakap abah xmau makan n minum..abah batuk gelema banyak..kesian abah..mesti xselesa..abah pulak xleh nak gerak dah diapers x tukar..tunggu ppk (attendant) buat..anak2 nak buat dia malu..
sesampai je aku kat HKL..kakcik p IJN beli bathing wet wipes..sebab abah xmau bangun p toilet..aku ingat nk lap pakai wet tissue tu lah...tapi tak terbuat..sebab nurse dok ulang cucuk abah..sebab abah tak mau makan..kena masuk gula garam air...ubat2 pon ikut drip..susah gila cari urat abah..bila dh jumpa..xlurus plak...suh dia minum sikit susu..dia telan pastu dia vomit ..sampai la aku cakap bagi la kat aku sakit tekak abah tu...aku tak tau sebab apa abah minum n muntah..makan jauh sekali..
bila aku tanya.."abah minum la sikit.." dia jawab dengan suara jauh.." aku bukan xmau makan, aku takdak selera"..
ok la abah...nadiya dengaq sora abh pon rasa seksa...
sambil hp aku pasang surah Yassin...
tiba2 abah tanya.." mama hang mana"... aku jawab " xbalik kerja lagi, satgi depa mai"
dok lama lepas tu..dia tanya lagi.."mama dalam pancoq (toilet) ka?" aku jawab " dak aih, xbalik lagi..satgi depa mai" - (sambil2 tu aku dah wassap ninie suh mama apply cuti jaga abah..mungkin abah nak mama tolong mandikan or salin diapers dia..)
dalam pikiran aku abah mesti kareb (BO) ni, aku tanya dia "abah berak ah?" abah jawab " dak aih aku kentut saja".. muangkin dia malu ka apa aku tak tau..bila tanya lagi..dia xjawab..dia tidoq..aku dok kat ward sampai kul 8, nini n mama sampai, dok sat sembang2 dengan depa..aku pon balik..keletihan sama..mengantuk tahap gaban sama..
nini n mama stay hkl sampai pukul 1 am, smpai la adik aku yang menjadi peneman abah ketika malam n ketika kami semua p kerja..


9/10/2014 - mama call cakap abah punya kidney fail, n jantung abah dah drop  to 30%, aku dah kalut sebab aku baru masuk kerja, terus call colleague yg availble untuk cover aku petang, nasib ada..
aku terus p HKL, masuk2 je ward abah tu ada waris pesakit ward sebelah dok baca Yasin, mama dok ajar abah mengucap...adakah??? mcm2 main dalam pikiran ni..aku terus ganti tmpat mama n ajar abh mengucap..
ya Allah..tak kuat nye aku..sebak nya dada..perit tekak bila nk lafaz "Lailahaillallah"
tapi aku kena kuat untuk semua ni...aku anak sulong aku kuat..aku terus ajar abah mengucap, bila sampai makcik aku dari kajang, adik2 yg lain..kami bergilir ajar abah mengucap, ramai kawan2 abah datang bagi semangat pada abah n kami sekeluarga, pakcik sepupu aku yang mana dok dekat kl ni semua ada..
selepas maghrib oksigen abah dah berbunyi2 pulse reader pon sat padam sat nyala, bila panggil nurse diorang cakap..xda masalah apa2..so kami yang tak pernah ada pengalaman ni..angguk je laa
tiba2 heart rate abah naik ke 70++ pada jam 8 malam, and drop back slowly until heart rate tu xdapat baca,
bila tengok abah dada makin tenang, mulut yang terbuka tutup dah makin kecil senhingga mulut terketip, aku dah kalu p panggil misi, misi check nadi..ambil bp semua dah x boleh...abah dah tak de..ya Allah tenang sekali dia pergi bertemu Mu..sedih memang sedih..tapi aku memang redha pemergian Abah, Abah menanggung kesakitan dalam diam..
InnalilahiWainnalilahirojiun... Semoga Abah tertempat disisi Allah yang terindah......Al-fatihah



:: abah part 3 will be update soon

alahai anak


Assalamualaikum

mlm td (14/11) aku keje mlm..kiranya balik keja pg tadi (15/11) laa... >mlm ni keje lagi huhu<
sesampai je kat umah..memang ready untuk landing laa..
mata dah berat..
tapi dok belek2 la wechat, tetiba seawal 7 pagi anak dara aku ni ha update moment menyentuh jiwa..
tgk lah...




ummi sayang kamu berdua..walaupun kamu berdua bukan membesar dalam rahim ummi, tapi kamu berdua dalam hati ummi selamanya..



Friday, November 14, 2014

happy birthday Muhammad Khaleef El Mirza

dah becar dah baby maklong ni..
rasa macam baru tengok awak masa 1st day awak melihat dunia 14/11/2009
Maklong harap Khaleef akan menjadi seorang anak yang soleh dan dapat membanggakan semua orang ye..
sat ja dah 5 tahun..petah bercakap, fast learner, yg paling best awak baik je..suka zikir je..maklong salute laa