Monday, January 28, 2013

Thursday, January 24, 2013

Morib #1

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Wednesday, January 23, 2013

Maulidur Rasul

Salam semua..
semoga kita dapat meluangkan masa kita berselawat ke atas junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW...esok dan seterusnya hingga akhir usia kita..






entry p morib

salam korang...
entry p morib aku hold dulu..sebab byk gambar kena edit, al maklumlaa...anak2 yang ambil..kalu boleh lubang idong aku ni pon dia nk capture..bz laa sangat kan..bukan apa nak edit guna lappy adik..dia plak bz dgn ICT projek..so..lek lek la dulu
tapi kesumpulan berfamily day ni..."BEST CAKAP LU"...
hahaha

Tuesday, January 8, 2013

Al-Fatihah buat Pak Long

Allah lebih sayangkan Paklong..
Setelah 9hari di ICU, kidney,lungs failed,sudden heart attack,bp rendah, heart rate drop under 50,muntah 2 liter,pakai oxygen ...hari ke 10 di ICU,pada jam 8 pagi, paklong kembali ke rahmatullah..semoga dicucuri Rahmat, di terima amalannya dan di temptkan dgn org2 yg beriman..

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Saturday, January 5, 2013

APA YANG ANDA TAK TAHU TENTANG SEORANG AYAH

Mungkin ibu lebih kerap menelefon utk menanyakan keadaan kita setiap hari..Tapi tahukah kita, sebenarnya ayahlah yang mengingatkan ibu untuk menelefon kita?

Semasa kecil, ibu lah yg lebih sering mendukung kita..Tapi tahukah kita bahawa sebaik saja ayah pulang bekerja dengan wajah yang letih ayahlah selalu menanyakan apa yg kita lakukan seharian

Saat kita sakit@demam, ayah sering membentak "sudah diberitahu! jangan minum ais!".Tapi tahukah kamu bahawa ayah sangat risau.??

Ketika kita remaja, kita meminta izin untk keluar malam. Ayah dengan tegas berkata "tidak boleh!"..Sedarkah kita bahawa ayah hanya ingin menjaga kita? Kerana bagi ayah, kita adalah sesuatu yang sangat berharga.

Saat kita sudah di percayai, ayah pun melonggarkan peraturannya. Maka kita telah melanggar kepercayaannya...Maka ayah lah yang setia menunggu kita di ruang tamu dengan rasa sangat risau..

Setelah kita dewasa,ayah telah menghantar kita ke sekolah@kolej untuk belajar..
Di saat kita memerlukan ini-itu, untuk keperluan kuliah kita, ayah hanya mengerutkan dahi.tanpa menolak, beliau memenuhinya..Saat kamu berjaya..Ayah adalah orang pertama yang berdiri dan bertepuk tangan untukmu..Ayah akan tersenyum dengan bangga..

Sampai ketika jodoh kita telah datang dan meminta izin untuk mengambil kita dari ayah..Ayah sangat berhati-hati mengizinkan nya..Dan akhirnya..Saat ayah melihat kita duduk di atas plamin bersama pasangan nya..ayah pun tersenyum bahagia..

Apa kita tahu,bahawa ayah sempat pergi ke belakang dan menangis?

Ayah menangis kerana ayah sangat bahagia..Dan dia pun berdoa "Ya Tuhan, tugasku telah selesai dgn baik..Bahagiakan lah putra putri kecilku yg manis bersama pasangannya"..

Setelah itu ayah hanya akan menunggu kedatangan kita bersama cucu-cucunya yg sesekali dtg untuk menjenguk..Dengan rambut yg memutih dan badan yang tak lagi kuat untuk menjaga kita..Y___Y
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Friday, January 4, 2013

Ber zikirlah..

Dari Anas bin Malik radhiyallahu 'anhu bahwa Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda :

"Jika seseorang keluar dari rumahnya lalu membaca (zikir):

"بِسْمِ اللَّهِ تَوَكَّلْتُ عَلَى اللَّهِ، لاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللَّهِ"

Bismillahi tawakkaltu 'alallahi, walaa haula wala quwwata illa billah (Dengan nama Allah, aku berserah diri kepada-Nya, dan tidak ada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan-Nya),

maka malaikat akan berkata kepadanya: "(sungguh) kamu telah diberi petunjuk (oleh Allah Ta'ala), dicukupkan (dalam segala keperluanmu) dan dijaga (dari semua keburukan)", sehingga setan-setanpun tidak bisa mendekatinya, dan setan yang lain berkata kepada temannya: Bagaimana (mungkin) kamu bisa (mencelakakan) seorang yang telah diberi petunjuk, dicukupkan dan dijaga (oleh Allah Ta'ala)" [HR.Abu Dawud].
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Bacalah surah Yassin

RASULULLAH s.a.w telah bersabda yang bermaksud: "Bacalah surah Yassin kerana ia mengandungi keberkatan", iaitu:

1. Apabila orang lapar membaca surah Yassin, ia boleh menjadi kenyang.
2. Jika orang tiada pakaian boleh mendapat pakaian.
3. Jika orang belum berkahwin akan mendapat jodoh.
4. Jika dalam ketakutan boleh hilang perasaan takut.
5. Jika terpenjara akan dibebaskan.
6. Jika musafir membacanya, akan mendapat kesenangan apa yang dilihatnya.
7. Jika tersesat boleh sampai ke tempat yang ditujuinya.
8. Jika dibacakan kepada orang yang telah meninggal dunia, Allah meringankan siksanya.
9. Jika orang yang dahaga membacanya, hilang rasa hausnya.
10. Jika dibacakan kepada orang yang sakit, terhindar daripada penyakitnya.

11. Rasulullah s.a.w bersabda:
"Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai hati dan hati al-Quran itu ialah Yassin. Sesiapa membaca surah Yassin,nescaya Allah menuliskan pahalanya seperti pahala membaca al-Quran sebanyak 10 kali".

12. Sabda Rasulullah s.a.w lagi,
"Apabila datang ajal orang yang suka membaca surah Yassin pada setiap hari, turunlah beberapa malaikat berbaris bersama Malaikat Maut. Mereka berdoa dan meminta dosanya diampunkan Allah, menyaksikan ketika mayatnya dimandikan dan turut menyembahyangkan jenazahnya".

13. Malaikat Maut tidak mahu memaksa mencabut nyawa orang yang suka membaca Yassin sehingga datang Malaikat Redwan dari syurga membawa minuman untuknya. Ketika dia meminumnya alangkah nikmat perasaannya dan dimasukkan ke dalam kubur dengan rasa bahagia dan tidak merasa sakit ketika nyawanya diambil.

14. Rasulullah s.a.w bersabda selanjutnya:
"Sesiapa bersembahyang sunat dua rakaat pada malam Jumaat, dibaca pada rakaat pertama surah Yassin dan rakaat kedua Tabaroka, Allah jadikan setiap huruf cahaya dihadapannya pada hari kiamat kemudian dan dia akan menerima suratan amalannya ditangan kanan dan diberi kesempatan
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

10 Surah Yang Paling Berharga Dari Al-Quran

1-Surah Al-Fatihah : mencegah dari kemurkaan Allah SWT
2- Surah Yasin : mencegah dari kehausan pada hari Kiamat
3-Surah Ad-Dukhan : mencegah daripada huru-hara hari Kiamat
4-Surah Al Waqiah : mencegah daripada kefakiran
5-Surah Al-Mulk : mencegah daripada Azab Kubur
6-Surah Al-Kauthar : mencegah daripada perbalahan atau permusuhan
7-Surah Al-Kafirun :mencegah daripada menjadi kafir semasa meninggal dunia
8-Surah Al-Ikhlas : mencegah daripada bersifat munafiq
9-Surah Al-Falaq : mencegah daripada perasaan hasad
10-Surah An-Nas :mencegah daripada terkena penyakit was-was
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Thursday, January 3, 2013

Doa Hari ini

"Ya Allah, apabila rezekiku ada di langit, maka turunkanlah, apabila di dalam bumi maka keluarkanlah, apabila di laut maka naikkanlah, apabila jauh maka dekatkanlah, sekiranya dekat maka permudahkanlah, dan sekiranya sedikit maka perbanyakkanlah dan sekiranya sedia banyak maka permudahkanlah untuk mendapatkannya , juga berilah keberkatan terhadap rezeki tersebut dan berikanlah rezeki padaku sebagaimana yang kujangka, dengan rezeki yang halal dan baik, serta banyak lagi keberkatan sehinggakan ku tidak memerlukan sesiapa selain dari-Mu, dan jadikanlah kedua tanganku ini berada di atas dengan suka memberi dan menderma, dan jangan jadikan dua tanganku ini di bawah dengan suka meminta-minta, sesungguhnya Engkau amat berkuasa ke atas setiap sesuatu"
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone