Wednesday, July 25, 2012

Khasiat Ayat Kursi

* Baca pd saat keluar rumah ,
70000 malaikat akan menjagamu dari semua sisi
* Baca saat masuk rumah ,
kemiskinan tidak akan memasuki rumahmu .
* Baca setelah berwudhu ,
Derajatmu akan dinaikkan 70 tingkat .
* Baca pada saat tidur ,
malaikat akan menjagamu sepanjang malam .
* Baca setelah sholat ,
maka jarak antara kamu dan surga hanyalah kematian .
Sampaikanlah kepada orang lain,
maka ini akan menjadi Shadaqah Jariah pada setiap orang yang anda kirimkan pesan
ini, dan apabila kemudian dia mengamalkannya, maka kamu juga akan ikut
mendapat pahalanya sampai hari kiamat.......
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Wednesday, July 18, 2012

fakta kehamilan

Kehamilan bukanlah sesuatu yang luar biasa dan apabila ia berlaku, tubuh mula berubah untuk menyesuaikan diri terhadapnya.


Semasa kehamilan, hormon seks kamu bertindak bersama untuk membolehkan semua perubahan ini berlaku. Berikut merupakan perubahan yang akan dialami oleh tubuh kamu apabila kamu hamil:

Uterus semakin mengembang apabila bayi membesar dan ini menyebabkan wanita mengandung mempunyai perut yang membulat besar.

Bahagian bawah uterus yang dipanggil serviks semakin lembut.

Vagina kamu berubah warna dari merah jambu ke kebiru-biruan.

Payu dara kamu mula membengkak dan membesar kerana ia mula menghasilkan susu!

Buah pinggang yang menghasilkan air kencing juga membesar. Wanita hamil kencing dengan lebih kerap dan mudah mendapat jangkitan salur air kencing.

Berat badan kamu bertambah sepanjang kehamilan.

S: Bilakah kehamilan mula berlaku?
J: Semasa persetubuhan atau perhubungan seks, sperma dari lelaki akan dipancutkan ke dalam saluran vagina. Kehamilan berlaku apabila seorang wanita itu subur ketika bersetubuh. Ini bermakna yang dia telah mengovum atau membebaskan telur dari ovari pada masa tersebut. Sel telur ini melalui tiub fallopio sambil menunggu persenyawaan berlaku. Persenyawaan berlaku apabila bahagian tengah sperma dan telur yang dipanggil nukleus bersatu. Penyatuan sperma dan telur ini menandakan fasa awal kehamilan. Bunyinya macam lebih mudah jika dibandingkan dengan apa yang sebenarnya berlaku, bukan? Bahan kimia yang dibebaskan dari otak dan organ seks juga membantu kehamilan berlaku.
S: Apakah tanda-tanda yang menunjukkan seorang wanita itu sedang mengovum?
J: Sebenarnya, bukannya mudah untuk mengetahuinya. Sesetengah wanita mungkin merasa kesakitan seperti kejang otot. Kamu juga mungkin mendapati lelehan kamu lebih pekat dan berkrim ketika waktu ini. Lelehan itu juga mungkin boleh diregangkan. Cubalah uji dengan memegang mukus itu antara dua jari. Sekiranya kamu tidak bersedia untuk hamil, kamu hendaklah lebih berhati-hati semasa tempoh ini. Pastikan kawasan vagina kering dan bersih untuk mengelakkan jangkitan. Gunakan panty liner untuk kekal segar dan bersih.
S: Bilakah wanita itu tidak subur?
J: Kamu menjadi tidak subur apabila kamu tidak mengovum. Ini bermakna ovari kamu belum lagi membebaskan sebarang telur ke dalam tubuh kamu. Inilah masanya yang menunjukkan pengakhiran kitaran haid kamu. Ini biasanya merupakan “tempoh kering” di mana tidak banyak lelehan yang akan keluar.
S: Bagaimana nak tahu yang seseorang itu dah hamil?
J: Apabila haid kamu lewat dalam masa seminggu atau dua minggu dan kamu pula aktif secara seksual, ia mungkin menunjukkan yang kamu dah hamil. Kamu juga mungkin mula muntah pada waktu pagi atau lebih sensitif. Kamu boleh membeli kit kehamilan dari farmasi untuk mengujinya. Ujian yang positif selalunya menunjukkan yang kamu hamil. Bila ini berlaku dan kamu tidak bersedia, jangan panik! Dapatkan nasihat daripada orang dewasa yang lebih matang dan bertanggungjawab untuk membantu kamu melaluinya. Atau, dapatkan bantuan daripada doktor kamu. Kamu memang memerlukan nasihat dan panduan semasa waktu ini.

Tuesday, July 17, 2012

[Aku Seorang Lelaki]

Menjadi lelaki adalah amanah,
seperti menjadi menteri.
Lelaki baik punya ciri.
Baik agamanya bagai ajaran nabi.
Lurus hidupnya tegak lisan bagai gigi.
Akalnya cerdik mengenal batasan ilahi.

Menjadi lelaki adalah anugerah,
bagai menjadi wali.
Punya beban dakwah,
rezeki dicari sehari-hari.
Rumah bukan sarang tetapi tempat pulang.
Jalanan bukan kubang tetapi jadi laluan.

Menjadi lelaki adalah payah,
bagai menjadi petani.
Menyemai benih pada isteri.
Membaja anak dengan bakti.
Membajak jerih dengan harap
pohonan berbuah.
Anak isteri hiasan yang dipersoalkan
di kemudian hari.

Itulah kisah menjadi lelaki.
Lelaki yang baik,
baik pada isteri,
baik di hati,
baik di bumi,
mulia diakhirat.
aku mahu jadi lelaki itu..


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tuesday, July 10, 2012

KHASIAT AYAT BISMILLAH

 




Bismillah mempunyai pelbagai khasiat, Antaranya adalah :-


1. Barang siapa membaca Bismillah dan diikuti dengan faham maknanya, maka dia akan dihindarkan daripada 70 musibah, kesusahan, penyakit akal dan bodoh yakni jahil agamanya.

2. Sesiapa yang mengamalkan membaca Bismillah sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, nescaya dia aman dan bebas daripada syaitan, kecurian. maut yang mengejut dan sebarang bencana.

3. Barang siapa membaca Bismillah ketika hendak bersetubuh (jimak) maka anaknya kelak akan menjadi orang yang cerdas dan terbuka hatinya sehingga menjadi anak-anak yang soleh.

4. Jika didapati seseorang yang sedang pengsan, maka hendaklah dibacakan Bismillah sebanyak 41 kali pada telinganya, insya-Allah, dia akan sedar dan kembali siuman dengan serta merta.

5. Sesiapa yang membaca Bismillah sebanyak 313 kali dan selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w. sebanyak 100 kali pada hari ahad di saat matahari terbit dengan mengadap kiblat. maka Allah s.w.t. akan menganugerahkan rezeki tanpa diduga sama sekali.

6. Seseorang yang membaca Bismillah sebanyak 786 kali lalu ditiupkan pada air sebelum diberi minum kepada seseorang yang bodoh selama tujuh hari sebelum matahari terbit, maka akan lenyaplah kebodohannya dan insya-Allah dia akan mudah hafal terhadap apa yang didengarnya.

7. Sesiapa yang membaca Bismillah sebanyak 50 kali dihadapan orang zalim atau penguasa yang bengis, maka dia akan segera tunduk atau ketakutan.

8. Barang siapa menulis Bismillah 101 kali lalu diletakkan di sawahnya atau tempat yang ianya mencari rezeki , maka insya-Allah sawah itu akan menjadi subur dan terjaga daripada sebarang bencana dan masalah .

9. Sesiapa yang mempunyai hajat kepada Allah s.w.t ,Baca Lah sebanyak mungkin Bismillah maka sebaiknya dia berpuasa pada hari Isnin , Rabu, Khamis dan Jumaat. Kemudian pada hari Jumaat itu, dia mandi sunat dan berwuduk sebelum berangkat untuk sembayang Jumaat dengan bersedekah semampunya.

Selepas sembayang Jumaat, dia hendaklah membaca satu doa yang bermaksud :

" Ya Allah, Sesungguhnya aku memohon kepada-mu dengan nama-Mu, dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, yang tiada Tuhan melainkan Dia, yang mengetahui yang ghaib dan yang terang, Dialah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang ".

" Aku mohon kepada-Mu dengan namu-MU dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, yang tiada Tuhan melainkan Dia, yang hidup dan tidak pernah mengantuk apa lagi tidur (sampai akhir hayat). Dialah yang penuh kebesaran-Nya di langit dan di bumi.

" Dan aku memohon kepada-Mu dengan nama-Mu, dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, yang melutut kepadanya setiap wajah, tunduk kepada-Nya riqab (tengkok) dan khusyuk bagi-Nya setiap hari kerana terlalu takut, dan mengalir kerana-Nya air mata, berilah selawat serta salam, kepada penghulu kami Muhammad s.a.w. keluarga dan sahabatnya, dan berilah kepadaku apa yang ku hajati, tunaikanlah apa aku hajatkan "
Insya-Allah apa yang menjadi hajatnya pasti akan dikabulkan oleh Allah s.w.t. dengan segala keizinan dan keagungannya.

10. Bagi seseorang yang ingin sentiasa dilapangkan dan dipermudahkan rezekinya serta mempunyai keberkatan luar biasa, disegani dan dimuliakan oleh makhluk, maka hendak membaca Bismillah sebanyak 66 kali dengan memanjangkan lafaz jalahannya dan membaca doa yang bererti :
" Ya Allah, bukakanlah bagiku pintu rahmat-Mu dan kurniaMu serta rezeki-Mu. Curahkanlah keatasku perasaan reda kepada-Mu dan bertakwa kepada-Mu. Mudahkalah untuk memperolehi rezeki-Mu dani sekalian makhluk-Mu, sesungguhnya Engkau berkuasa ke atas setiap sesuatu Ya Allah Ya Tuhan ku ."

11. Untuk mengubati sesuatu penyakit, boleh diikhtiarkan dengan menulis Bismillah sebanyak 66 kali lalu diberi air diberi minum kepada orang yang berpenyakit dan orang yang terkena cubaan.

12. Untuk mengubati sakit pening pula hendaklah dituliskan lafaz Bismillah sebanyak 21 kali ke atas kertas lalu dikalungkan kepada orang sakit kepala itu.

13. Bagi orang yang mengharap supaya hajatnya dikabulkan oleh Allah s.w.t. dia hendaklah membaca Bismillah selesai sembahyang Asar pada hari Jumaat dalam keadaan suci dari hadas dan najis dan menghadap kiblat sehinggalah matahari terbenam.
Kemudian, mohonlah kepada Allah mengenai hajat yang dimintanya, insya-Allah dengan sifat kemurahan dan sifat Rahman dan Rahimnya akan dikabulkan Oleh Allah.

14. Barang siapa yang menulis lafaz Bismillah sebanyak 50 kali dengan huruf jawi lalu dibawa dan pergi ke depan orang zalim, maka dia kan terhindar daripada sebarang niat jahat itu. Ketika menghadapnya, hendaklah dia membaca Bismillah sebanyak 50 kali pula

KHASIAT SURAH AL-FATIHAH

Untuk Hajat : Baca Al-Fatihah sebanyak 7 kali setiap selesai solat. Setiap kali baca, sampai
“ ia kanak budu wa i’ya kanas ta in”
(hanya kepada-Mu tempat aku meminta dan memohon pertolongan)
berhenti sekejap dan niat hajat dalam hati, sesudah itu teruskan bacaan.

Penawar Penyakit :

Untuk di buat penawar, baca Al-Fatihah pada sebekas air 7 kali selepas solat, buat minum dan sapukan di muka. Setiap kali air hendak habis, tambahkan air. Kalau boleh, jangan habiskan, tinggallah walaupun sedikit air di dalam bekas tersebut. Insyaallah jika di amalkan, segala jenis penyakit dapat disembuhkan dengan Allah S.W.T..

Menyembuhkan Penyakit Mata Yang Kabur (Rabun)Sabda Nabi Muhammad S.A.W.
"Barangsiapa yang ingin menyembuhkan kelemahan pandangannya (kabur/rabun) maka hendaklah dilakukan:-

1. Memandang bulan pada awal bulan, jika tidak kelihatan atau terhalang oleh awan dan lain-lain hal, lakukan pada malam kedua, juga tidak dapat, cuba pada malam ketiga atau begitu seterusnya hingga nampak kelihatan bulan itu.
2.Apabila telah kelihatan, hendaklah ia menyapukan tangan kanannya kemata dengan membaca Al-Fatihah sebanyak 10 kali.
3.Sesudah itu mengucapkan pula sebanyak 7 kali doa ini:
"Al-Fatihah itu menjadi ubat tiap-tiap penyakit dengan rahmat Mu ya Tuhan yang
pengasih penyayang."
4. Lalu mengucapkan "Yaa Rabbi" sebanyak 5 kali.
5. Terakhir mengucapkan pula doa ini sebanyak 1 kali:
"Ya Allah sembuhkanlah, Engkaulah yang menyembuhkan, Ya Allah sihatkanlah,
Engkaulah yang menyihatkan".

Mengubati Sakit Gigi Dan Lain-Lain: ~ Untuk dirinya sendiri - letakkan jari pada tempat yang sakit lalu membaca Al-Fatihah dan
berdoa sebanyak 7 kali:
"Ya Allah, hilangkan daripada keburukan dan kekejian yang aku dapati dengan doa Nabi-
Mu yang jujur (al- Amin) dan tetap disisi-Mu".

~ Mengubati penyakit gigi orang lain - selesai membaca Al-Fatihah maka berdoa 7 kali:
"Ya Allah, hilangkan daripada orang ini keburukan dan kekejian yang aku dapati dengan
doa Nabi-Mu yang jujur (al- Amin) dan tetap disisi-Mu".

Mengubati Sakit Disebabkan Oleh Sengatan Kala

Ambil sebuah tempat bersih lalu diisi air dan sedikit garam lalu dibacakan padanya Surah Al-Fatihah sebanyak 7 kali lalu diberi minum pada orang yang tersengat kala itu, Insyaallah ia akan sembuh.

Ikhtiar Menghilangkan Sifat Pelupa

Tulislah surat Al-Fatihah dengan huruf Arab pada tempat putih dan suci lalu dihapuskan dengan air dan diberi minum pada orang yang pelupa, maka ia akan hilang sifat pelupanya dengan izin Allah s.w.t.

*Nota :
Jika Dibenci Oleh Seseorang Melampau-Lampau Atau Tanpa Sebab Yang Nyata
Cuba sedekahkan Al-fatihah kepada orang itu. Insya-Allah, kebenciannya akan berkurangan atau hilang.

Lain-Lain Khasiat Al-Fatihah. Antaranya :


1. Sesiapa membaca surah Al-Fatihah dalam keadaan berwuduk sebanyak 70 kali setiap hari selama tujuh hari lalu ditiupkan pada air yang suci lalu diminum maka ia akan memperolehi ilmu dan hikmah serta hatinya dibersihkan dari fikiran rosak.

2. Sesiapa yang membaca 'Al-Fatihah' diwaktu hendak tidur, Surah 'Al-Ikhlas' sebanyak 3 kali dan Mu'awwidzatain maka ia akan aman dari segala hal selain ajal.

3. Siapa berhajat (berkeinginan sesuatu) kepada Allah s.w.t.maka olehnya dibaca surah Al-Fatihah sebanyak 41 kali diantara sembahyang sunat Subuh dan sembahyang fardu Subuh sampai 40 hari (tidak Lebih) kemudian memohon kepada Allah s.w.t. maka Insyaallah ia penuhi keperluan hidupnya.

4. Barangsiapa membaca Fatihah berserta Bismillah diantara sunat Subuh dan fardu Subuh dengan Istiqomah maka kalau ia inginkan pangkat terkabullah ia dan kalau ia fakir maka akan kaya serta jika ia punya hutang maka mampu membayarnya dan kalau ia sakit maka akan sembuh serta kalau ia punya anak maka anaknya itu menjadi anak yang soleh, berkat surah Al-Fatihah.

5. Barangsiapa mengamalkan bacaan Al-Fatihah sebanyak 20kali setiap selesai sembahyang fardu lima waktu maka Allah s.w.t. luaskan rezekinya, baiki akhlaknya, mudahkan urusannya, hilangkan keperihatinannya dan kesusahannya, anugerahkan apa yang ia angan-angankan, dapatkan berbagai berkat dan kemuliaan, jadikan ia berwibawa, berpangkat luhur, berpenghidupan baik dan ia pula anak-anaknya terlindung dari kemudharatan dan kerosakan serta dianugerahkan kebahagiaan dan sebagainya.

6. Barangsiapa mengamalkan bacaan Al-Fatihah sebanyak 125 kali selesai sembahyang Subuh maka ia peroleh maksudnya dan ia ketemukan apa yang dicari-cari serta sebaiknya ia panjatkan doa yang bermaksud:
"Ya Allah, sesungguhnya aku mohon kepada-Mu dengan kebenaran Surah Al-Fatihah dan rahsianya, supaya dimudahkan bagiku semua urusanku, sama ada urusan dunia atau urusan akirat, supaya dimakbulkan permohonanku dan ditunaikan hajatku..........."

7. Barangsiapa mengamalkan bacaan Al-Fatihah diwaktu sahur (tengah malam) sebanyak 41 kali maka Allah s.w.t.bukakan pintu rezekinya dan Dia mudahkan urusannya tanpa kepayahan dan kesulitan. Selesai bacaan Al-Fatihah tersebut dan sebaiknya berdoa:
"Ya Allah, sesungguhnya aku mohon kepada-Mu dengan kebenaran surah Al-Fatihah dan rahsianya, supaya Engkau bukakan bagiku pintu-pintu rahmatMu, kurnia-Mu dan rezeki-Mu. Dan Engkau mudahkan setiap urusanku, murahkanlah bagiku rezekiMu yang banyak lagi berkat tanpa kekurangan dan tanpa susah payah, sesungguhnya Engkau berkuasa atas setiap sesuatu. Aku mohon kepada-Mu dengan kebenaran surah Al-Fatihah dan rahsianya, berikan apa yang kuhajati........"

Diriwayatkan dari Syeikh Muhyiddin Ibnul Arabi didalam kitab 'Qaddasallaahusirrahu':
"Siapa yang punya maksud maka sebaiknya ia membaca surat Al-Fatihah sebanyak 40 kali sehabis sembahyang Maghrib dan sunatnya, selesai itu ia ajukan permohonan hajatnya kepada Allah s.w.t."

8. Surat Al-Fatihah boleh mengubati penyakit mata, sakit gigi, sakit perut dan lain-lainnya dengan dibacakan sebanyak 41 kali.

9. Ikhtiar mengubati penyakit : Baca SurahAl-Fatihah sebanyak 40 kali pada tempat berisi air, lalu air itu diusap-usapkan pada kedua belah tangan, kedua belah kaki, muka, kepala dan seluruh badan, lalu diminum, Insyaallah menjadi sembuh.

10. Kalau Surah Al-Fatihah itu ditulis dengan huruf-huruf terpisah lalu dileburkan dengan air suci dan diminumkan kepada sisakit, maka dengan iradah Allah s.w.t. ia akan sembuh.

KEBERKATAN YAASIIN (DARI KACAMATA DR FATMA AL ZAHRAA

Surah Yassin adalah the heart of AL- Quran : Untuk Keselamatan Diri Yang, Susah Menjadi Senang ( Setiap ayat didalam surah ini mengandungi hikmah, doa dan kekuatan tak terhingga jikalau diamalkan )

Ayat 1 - 9 - Untuk keselamatan diri

Ayat 9 - Orang jahat tak nampak kita especially orang kafir.

Ayat 12 - Merupakan Jantung Yaasiin – Rasulullah s.a.w. berharap ayat ini dihafal oleh setiap mukmin dan mukminat.

Ayat 13 - 35 - Mengisahkan orang-orang yang mati syahid.

Ayat 22 - 23 - Untuk menjaga aqidah, memberi hidayah kepada anak.

Ayat 29 - Sebagai amalan untuk mengelakkan diri dari di fitnah dan kejahatan mulut.

- Utk digunakan jika kita rasa orang nak fitnah or aniaya kita. Lebih elok selepas baca di semburkan ke muka orang tersebut.

Ayat 30 - Untuk keinsafan - Supaya dapat dipertemukan dengan Allahs.w.t. (harus sentiasa berada dihati - beramal dengannya).

Ayat 32 - Untuk menginsafkan orang lain supaya menjadi baik. Caranya: Ingat yang segalanya datang dari Allah s.w.t, Kita umat Muhammad, Kita orang Islam dll.

Ayat 33 - 35 - Elok dijadikan amalan bagi sesiapa yang suka bercucuk tanam. Tanaman akan subur.

Ayat 36 - Menerangkan yang kehidupan ataupun kejadian di dunia ini dijadikan berpasang- pasangan. Ayat ini elok diamalkan bagi sesiapa yang belum berkahwin supaya di pertemukan jodoh. Caranya: Baca dan berdoa, hembus dan sapu pada muka setiap pagi sebelum keluar rumah.

Ayat 37 - Adalah untuk menetapkan hati – aqidah diri sendiri. Hati yang kering akan hidup semula.

Ayat 38 - Mengisahkan yang bulan dan matahari pun sujud pada Allah s.w.t. yang satu.

Ayat 39 - Mengisahkan ilmu falak.

Ayat 40 - Merupakan kenyataan Allah s.w.t. yang satu.

Ayat 41 - Mengisahkan Nabi Noh a.s. naik kapal - Elok dibaca sewaktu menaiki kenderaan.

Ayat 44 - Mengisahkan keseronokan hidup di dunia - Dibaca untuk dijauhkan fitnah dalam hidup.

Ayat 45- 48 - Merupakan kedegilan orang kafir kepada Allah s.w.t.

Ayat 49 - Menceritakan hari akhirat dan kehidupannya.
Tiupan pertama - Datang dengan tiba-tiba
Tiupan ke-dua - Hancur
Tiupan ke-tiga - Semua orang di hidupkan semula dan hadir di padang
Mahsyar.

Ayat 50 - Setiap orang akan dihisab mengikut amalannya.

Ayat 58 - Merupakan salam daripada Allah. Jika rasa sakit kepala, baca dan sapukan ke kepala. Ulang sebanyak 3x.

Ayat 76 - Dibaca untuk mententeramkan diri dari fitnah orang. Dijadikan amalan.
- Jika hati rasa sedih, sebak atau pun kecewa. Sambil pegang dan urut dada, bacalah ayat tsbt.

Ayat 78 - 79 - Dikhaskan untuk sakit urat, tulang dan badan. Untuk doa bermula daripada
Ayat yang bermaksud: "dia berkata, Siapakah (yang dapat) menghidupkan tulang belulang padahal telah hancur?"
- Bacalah jika sakit tulang, urat atau tulang patah. Doktor di hospital pun tanya dia utk rawatan patient mrk dan Dr Fatimah berikan ayat ini.

Ayat 79 - Katakanlah, Yang akan menghidupkannya ialah yang menciptakannya pertama kali. Dan Dia Maha Mengetahui tentang segala makhluk."

Ayat 82 - Untuk Hajat - Jika berhajat sesuatu, bacalah 100x. Dibaca pada air dan minum selama 40 hari -boleh menjadi penawar. Jika air habis ulang
bacaan tsbt sehingga 40 hari. Caranya: Sembahyang Tahajjud (3x) berturut-turut, Baca pada air [100x) dan berdoa apa sahaja hajat

Parking

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Saturday, July 7, 2012

Petua Rasulullah SAW buat yang menghidap penyakit kronik..

Sekiranya sahabat mempunyai kenalan yang menghidap penyakit kronik (kanser, kencing manis, sakit jantung, darah tinggi dll) pujuklah dia/mereka untuk mengamalkan solat pada waktu malam (walaupun sekadar 1 rakat witir) kerana dari Salman al-Farisi katanya, telah bersabda Rasulullah saw;

"Dituntut ke atasmu melakukan solat malam kerana sesungguhnya solat malam itu merupakan antara kebiasaan orang soleh sebelum kamu, sebagai jalan untuk mendekatkan diri kepada Tuhanmu, penutup segala kejahatan, penghapus segala dosa dan pembasmi segala penyakit dalam badan."

Menurut guru kami, Al Fadhil Ustaz Wan Nasir Wan Abdul Wahab, pembasmi segala penyakit dalam badan bukan sahaja merujuk kepada menyembuh penyakit tetapi turut bermaksud MENGHALAU penyakit tersebut dari menghinggapi badan si sakit semula.

Mesti cuba tau! Moga Allah menganugerahkan sifat istiqamah kepada kita semua.
by Ustaz Zahazan Mohamed
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone