Tuesday, March 30, 2010
Beberapa bulan kemudian, si suami berkata kepada isterinya:
"Sayang, abang baru membaca sebuah artikel dalam majalah tentang bagaimana memperkuatkan hubungan dan tali pernikahan kita", katanya sambil menunjukkan majalah tersebut. "Masing-masing kita akan mencatatkan hal-hal yang kurang kita sukai dari pasangan kita. Kemudian, kita akan membahas bagaimana kita mengubah hal-hal tersebut dan membuatkan perkahwinan kita bersama lebih bahagia ...".
Isterinya setuju dan mereka mula memikirkan hal-hal dari pasangannya yang tidak mereka sukai dan berjanji tidak akan tersinggung ketika pasangannya mencatat hal-hal yang kurang baik kerana ia adalah untuk kebaikan mereka bersama. Malam itu mereka sepakat untuk berpisah tidur dan mencatat apa yang terlintas dalam benak mereka masing-masing.
Esok pagi ketika sarapan, mereka sedia membincangkannya. "Abang akan mulai dulu ya", kata suami. Ia lalu mengeluarkan senarainya. Banyak sekali yang ditulisnya, sekitar 2 muka surat ... Ketika ia mulai membacakan satu persatu hal yang tidak dia sukai mengenai diri isterinya, ia memperhatikan bahawa airmata isterinya mulai mengalir ...
"Maaf, apakah abang harus berhenti ?" tanyanya. "Oh tidak, teruskan ..." jawab isterinya.
Lalu si suami melanjutkan membacakan semua yang tersenarai, lalu kembali melipat kertasnya dengan manis di atas meja dan berkata dengan bahagia, "Sekarang giliran sayang pula membacakan senaraimu".
Dengan suara perlahan isterinya berkata, "Aku tidak mencatat sesuatupun di atas kertasku. Aku berfikir bahawa abang sudah sempurna, dan aku tidak ingin mengubah akan dirimu. Abang adalah dirimu sendiri. Abang kacak dan baik di sisiku. Tiada satupun daripada peribadimu yang kudapati kurang ..."
Si suami tersentak dan tersentuh hatinya oleh pernyataan dan ungkapan cinta serta isi hati isterinya ... bahawa isterinya menerima dirinya seadanya.
Dia kemudian tertunduk dan menangis ...
P/s: Sebelum kita mencari kekurangan orang lain, carilah kekurangan diri sendiri. Adakah kita cukup SEMPURNA untuk dibandingkan dengan orang lain?... Kalau jawapan nya YA, maka kita berbohong atau kita PERASAN.
Kerana tiada manusia yang SEMPURNA dalam dunia ini dan sentiasa ada yang perlu diperbaiki... wallahualam
"Hakikatnya orang-orang yang menyayangi diri kita kerana kelebihan kita dan menerima segala kelemahan kita, sudah pastilah orang ini adalah sangat ikhlas menyayangi diri kita... INSYA ALLAH."
Sekadar coretan
setelah ikan itu terlekat di mata kail..
hendaklah kamu mengambil ikan itu..
jangan sesekali kamu lepaskan ia semula..
ke dalam air begitu saja..
kerana ia akan sakit oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan menderita selagi ia masih hidup...
begitulah juga setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada seseorg..
setelah ia mula menyayangimu hendaklah kamu menjaga hatinya..
jangan sesekali kamu meninggalkan begitu saja..
kerana ia akan terluka oleh kenangan bersamamu dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi ia mengingatimu..
jika kamu menadah air biarlah berpada..
jangan terlalu mengharap pada takungannya..
dan janganlah menganggap ia begitu teguh..
cukuplah sekadar keperluanmu..
apabila sekali ia retak..
tentu sukar untuk kamu menampalnya semula..
akhirnya ia dibuang..
sedangkan jika kamu cuba membaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi..
begitu juga jika kamu memiliki seseorang..terimalah seadanya..
janganlah kamu terlalu mengaguminya..
dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa..
anggaplah dia manusia biasa..
apabila sesekali dia melakukan kesilapan, bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya..
akhirnya kamu kecewa dan meninggalkannya..
sedangkan jika kamu memaafkannya..
boleh jadi hubungan kamu akan terus hingga ke akhirnya..
jika kamu telah memiliki sepinggan nasi..
yang kamu pasti baik untuk diri kamu..
mengenyangkan..berkhasiat..
mengapa kamu berlengah cuba mencari makanan yang lain..
terlalu ingin mengejar kelazatan..
kelak nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya..
kamu akan menyesal..
begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan..
yang pasti membawa kebaikan kepada dirimu..
menyayangimu..mengasihimu..
mengapa kamu berlengah,cuba membandingkannya dengan yang lain..
terlalu mengejar kesempurnaan..
kelak kamu akan kehilangannya apabila ia menjadi milik org lain..
kamu juga akan menyesal..
"Bersyukur dan Redha dengan ape yang dikurniakan olehNya...Alhamdulillah.."
"Tunjangkanlah resah mu di dada SOLAT, Himpunkan perit mu di genggaman DOA, Tutupi kekecewaan mu dgn keTAQWAan dan Nilaikan kesucian hati mu dgn keIKHLASAN hati."
Renungan buat Suami...
Monday, March 29, 2010
party party
kak lia masak laksa
abang yatim pulut kuning
bella plak lagsania bukan gardenia
Friday, March 26, 2010
sakit gigi...
Thursday, March 25, 2010
souviner
jenguk2 la: mykendurishop.blogspot.com
Sunday, March 21, 2010
December...will come
luas..sebab bila nk naik ramai masa bergambar...takde la sesak..al maklum laa kabanyakan nyer antara kami L-XXXL huahuahua...pelamin ni cantik..sweet mcm ala2 garden..tapi sempoi..(kasehbridal.blogspot.com)
ni pon chomellzzz sangat..ni aku upload dari (kisahqaseh.blogspot.com), 1st time tgk mcm dh jatuh hati...
boring..boring..edit la gambar yg dah lama tangkap
haaa ni pasangan yg bakal bergelar ibu n ayah...sorryla i upload tanpa keizinan korang tp i tau u ol suka kan...hehhhee
haaa ni plak..my b (ayui) n my baby boo (khaleef)..opppss......khaleef..meh mak long nk nyanyi nih
"mungkin aku tidak la sempurna..
tetapi hati ku memilikimu sepanjang hidupku,mungkin aku tak bisa memiliki dirimu seumur hidupku..."
Thursday, March 18, 2010
sepanjang kursus
sementara tunggu ferri..posing la dulu
dinner yg simple..tp memorable...
dinamik kumpulan..masa nih tak brapa mesra..sgt..masih kenal mengenali..tp..maintain jer...
Wednesday, March 17, 2010
helLLlOoooo!!!
berkursus sambil bercuti selama 10 hari di pangkor..di taja tu memang memberi satu kesan yg mendalam...bukan feeling..moment2 tu..best..bersama peserta kursus yg "happening...."
terutama dgn rakan sebilik n rakan segroup (e,ewan,paan,apul,nor,ct,ila n suuuu)
gambar2 banyak juga..tangkap..tapi tak upload lg..coz ari ni dah masuk kerja....maybe esok kot..
hehhee..
Friday, March 5, 2010
huhuhu pi pangkor..
no no no no
Tuesday, March 2, 2010
Doa Murah Rezeki
Monday, March 1, 2010
kawan2..tolong...
kawan2...kalu ada sapa2 tau kat mana nk cari benda ni or benda seangkatan dgn benda nih..bgtau ek..email kat ctnadiya@gmail.com / post kat "JOM SEMBANG"